- Viral

12 Isteri Jutawan Terkemuka Dunia Yang Kelihatan Sangat Bersederhana Dan Simple Dalam Berpakaian

Nilai kekayaan bersih mereka jika di nilai lebih tinggi daripada beberapa buah negara kecil di dunia ini digabungkan. Kebijaksanaan dan kecekalan luar biasa mereka di dalam bidang perniagaan meletakkan mereka di dalam senarai elit individu-individu terkaya di dunia. Tetapi kejayaan mereka itu tidak membuatkan mereka alpa daripada membantu insan-insan lain yang memerlukan. Mereka sangat terkenal dengan sifat dermawan.

Ramai yang menyangka isteri kepada jutawan-jutawan ini hanyalah peragawati-peragawati yang menghabiskan masa mereka menghias diri di hadapan cermin setiap hari. Benarkah tanggapan ini? Jom kita lihat.

Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan

Nilai bersih kekayaan yang dimiliki Mark Zuckerberg setakat November 2016 menjangkaui $50 billion. Dia bertemu dengan bakal isterinya, Priscilla, sewaktu zaman universitinya di Harvard. Sangat indah kesetiaan mereka.

Priscilla sentiasa mempercayai dan menyokong usaha Zuckerberg. Mereka berkahwin pada 19 Mei 2012 pada sebuah majlis perkahwinan sederhana di rumah mereka. Pada 2 December 2015, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Warren Buffett dan Astrid Menks

Pelabur terkenal Warren Buffet mempunyai nilai bersih mencecah $70 billion. Dia bertemu dengan Astrid pada tahun 1970-an ketika bakal isterinya itu yang sewaktu itu bekerja sebagai seorang pelayan restoran. Beza usia mereka adalah 16 tahun, membuktikan cinta itu buta.

Bill dan Melinda Gates

Setakat November 2016, nilai kekayaan Bill Gates mencecah $80 billion. Bill dan Melinda bertemu pada satu persidangan yang dianjurkan syarikat Microsoft (Melinda merupakan salah seorang pekerja syarikat Microsoft). Mereka berkahwin pada tahun 1994 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Mereka juga telah mempelopori antara dana kebajikan terbesar di dunia. Dengan kekayaan yang dimiliki, duit tidak menjadi soal kepada mereka.

Larry Page dan Lucinda Southworth

Larry Page adalah salah seorang daripada pengasas-pengasas syarikat Google. Nilai bersih kekayaan yang dimilikya mencecah $30 billion. Tidak banyak yang diketahui tentang pasangan Larry & Lucinda. Lucinda dilihat cuba menjauhkan diri daripada menarik perhatian umum. Mungkin itu yang terbaik buatnya.

Jeff dan MacKenzie Bezos

Jeff Bezos adalah pengasas kepada syarikat Amazon. Nilai kekayaannya setakat November 2016 adalah $60 billion. Jeff bertemu bakal isterinya, MacKenzie, pada tahun 1992. “Pejabat kami hanya bersebelahan dan saya sering terdengar gelak tawanya saban hari. Bagaimana hati saya tidak tertawan?” ujar MacKenzie.

Richard dan Joan Branson

Nilai kekayaan pengasas syarikat Virgin Group ini adalah sebanyak $5 billion setakat November 2016. Richard bertemu bakal isterinya, Joan, di sebuah kedai menjual barangan antik. Setahun selepas itu, Joan meninggalkan suaminya pada masa itu untuk berkahwin dengan Richard. Mereka kini mempunyai dua orang cahaya mata.

Amancio Ortega dan Flora Pérez Marcote

Harta kekayaan pemilik syarikat Inditex ini – syarikat fesyen multinasional yang memiliki Zara, Massimo Dutti, Pull & Bear, Stradivarrius, Bershka, Oysho, Uterque dan Lefties – mencecah $70 billion. Flora telah lama bekerja sebagai setiausaha Amancio. Mereka akhirnya berkahwin pada tahun 2001.

Stefan dan Carolyn Persson

Stefan Persson, pengerusi lembaga pengarah syarikat H&M, mempunyai nilai kekayaan sebanyak $20 billion. Isterinya, Carolyn, tidak mempunyai perwatakan sombong seorang aristokrat. Pasangan ini dilaporkan cuba menjauhkan diri mereka daripada tumpuan umum dan mereka hidup bersederhana.

Bernard Arnault dan Hélène Mercier

Pemilik jenama Dior, Givenchy, Selin, Lacroix, Kenzo, Guerlain, Sephora, Hennessy, Moёt & Chdanon, Dom Perignon, Pommery, Veuve Clicquot, dan Krug ini mempunyai harta kekayaan bernilai $30 billion. Muzik telah menyatukan pasangan ini. Bernard adalah seorang peminat muzik klasikal manakala Hélène pula adalah seorang pemain piano professional. Mereka berkahwin pada tahun 1991 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Michael dan Susan Dell

Harta kekayaan Michael Dell dinilaikan mencecah $20 billion. Mereka tidak mengenali satu sama lain pada janji temu mereka yang pertama. Susan adalah seorang atlet professional yang telah menyertai beberapa kejohanan triatlon antarabangsa. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Michael Bloomberg dan Diana Taylor

Micahel Bloomberg adalah seorang ahli politik, usahawan, dan bekas datuk bandar New York. Harta kekayaan yang dimilikinya mencecah $40 billion. Dia menceraikan isteri pertamanya dan hidup bersama-sama Diana sejak tahun 2000. Pasangan ini menjelaskan bahawa mereka tidak melihat sebarang keperluan untuk berkahwin.

David dan Julia Koch

David Koch mengetuai sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam bidang perdagangan, pelaburan, pemprosesan minyak, penghasilan bahan klmla, plastik, dan gentian perubatan.

Harta kekayaannya dinilaikan pada $40 billion. David mengahwini isterinya, Julia, dua puluh tahun yang lalu dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Julia jarang membuat penampilan umum dan lebih banyak menghabiskan masanya menguruskan keluarga dan dana kebajikan Koch.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Cerkosong via Sinar Viral

error: Content is protected !!