Ayden sampai menangis tak nak masuk rumah rindu ayah dia.Alif aziz selesai jalani hukuman .

Penyanyi Bella Astillah yang berhadapan dengan beberapa ujian semenjak kebelakangan ini bersyukur kerana ramai pihak yang mendoakan perkara yang baik-baik untuk dia dan suami, penyanyi Aliff Aziz.Tidak bertemu dengan suami semenjak Mac lalu dan bersalin anak kedua tanpa kehadiran Aliff kerana larangan rentas sempadan negara, Bella berterusan diuji apabila Aliff dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak senonoh.

“Alhamdulillah, ramai yang mendoakan kami. Saya rasa sangat bersyukur dapat sokongan netizen.”Tapi, ada juga yang kata Aliff buat hal dan tak serik buat silap banyak kali. Sebenarnya, hukuman penjara terbabit bukanlah membabitkan kejadian terbaharu.”Ia merupakan susulan kes yang terjadi pada tahun lepas. Aliff tak melarikan diri, dia mengakui kesilapan dan mengikut perintah kerajaan Singapura.

“Bagi saya, Aliff dah dapat balasan di dunia, dia pun dalam proses untuk memperbaiki diri. Saya sering menitipkan pesan supaya dia terus kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku silap,” katanya.Menurut Bella, Aliff yang selesai menjalani hukuman pada Ahad lalu sangat dirindui oleh anak sulung mereka, Ayden Adrean.

 

 

Sumber :Bellaastilah