“Risau Ada Yang Degil …” – Mila Jirin Cadang Individu Pulang Dari Sabah Kuarantin Di Pusat

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berpendapat agar individu yang baru pulang dari Sabah menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan.Menurut Mila, 32, dia khuatir ada segelintir yang tidak patuh dengan arahan kerajaan.

“Minta semuanya dikuarantin di pusat kuarantin, baru benarkan pulang ke rumah. Risau ada yang degil dan tidak ikut arahan.”Jika pihak kerajaan dapat arahkan PKPD sementara, itu antara yang terbaik. Kami rakyat sangat risau,” tulisnya di Instagram (IG).

Luahan yang dibuat pada Ahad lalu turut dimuat naik ‘screenshot’ kiriman mesej yang dihantar oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN).

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut juara Akademi Fantasia Musim Kelima ini bersetuju kerana agak sukar untuk patuh sepenuhnya apabila dilakukan di rumah.
Setuju. Walaupun kuarantin di rumah, tetap ada ahli keluarga dalam rumah tu. Bukan mudah nak patuh SOP dengan yang tinggal serumah. Guna dapur sama, tandas sama. Kemudian ahli
keluarga pula keluar bekerja, sekolah, ke kedai. Risiko sangat tinggi.
 Setuju. Kami tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Setuju sangat. Mesti kuarantin di pusat kuarantin.

“@zieh4n: Setuju sangat. Tak boleh percaya kalau cuma kuarantin sendiri kat rumah

Memetik laporan Astro Awani sebelum ini, bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan COVID-19 dan diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semuanya akan diberi surat HSO, dipakaikan gelang kuarantin dan tarikh pengawasan pula bermula dari tarikh ketibaan sehingga keputusan makmal diperolehi.

Sumber :Gempak