Bung Menang PRN dapat ucapan Tahniah dari ibu mertua “Tahniah menantuku”.Khaty Fauziah

Ibu mentua kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin iaitu Khaty Fauziah bersyukur apabila menantunya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, pelakon veteran berusia 63 tahun itu mengucapkan tahniah kepada ahli politik berkenaan yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

“Alhamdulillah.. Tahniah menantuku! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa2 mommy, semua ahli keluarga, sahabat2 handai, rakan2 taulan serta penyokong2,” tulisnya.

Posting tersebut mendapat pelbagai komen warganet yang turut mengucapkan tahniah selain berharap ahli politik berusia 62 tahun itu memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.

Teks By :Staff Video Viral

Sumber :Khaty Fauziah