Shakilla Khoriri Tersinggvng DJ C4kap ‘Fizi K4hwin Dengan Or4ng Yang S4lah?’

Sesiapa sahaja pasti terasa hati apabila perpisahan yang terjadi terus-menerus diungkit dan diperkatakan lebih-lebih lagi dijadikan modal cerita di corong radio.

Pelakon Shakilla Khoriri menerusi Instagram meluahkan rasa tidak puas hati dengan ungkapan penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan yang mengatakan ‘sebab Fizi kahwin dengan orang yang salah ke?’.

Dikatakan, Suraya melontarkan dialog berkenaan ketika dalam segmen sketsa pagi bersama PU Azman dan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir pendengar.

“Bukan satu atau dua orang yang beritahu macam-macam kepada saya. Sebelum ini saya diam. Saya biar orang jadikan saya bahan jenaka. Campur tangan urusan peribadi saya.

“Saya biarkan bukan berhari-hari malah berbulan-bulan menuding jari sana sini. Saya pekakkan telinga dan butakan mata kerana tidak mahu besarkan isu.

“Tetapi, semakin saya cuba betulkan diri untuk jadi manusia lebih baik semakin orang galak pijak kepala saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Aktres berusia 32 tahun itu berkata, dia bukanlah individu yang suka mencari atau menyiasat sesuatu perkara kerana dia yakin Allah akan menunjukkan hal yang sepatutnya dia tahu.

Kata Shakilla, banyak perkara yang diketahui dan dilihatnya sendiri tanpa perlu bersusah-payah mencari.

“Untuk kes ini, saya kurang pasti apa yang menyebabkan penyampai berkenaan mengeluarkan ayat sedemikian. Mungkin dari penyampaian tuan badan atau gerak rasa sendiri.

“Kisah saya sudah berakhir. Dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya tetapi jangan cuba buat saya sentuh apa yang tidak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukup,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Shakilla turut berharap pihak Suria FM dapat berbincang dengan penyampai berkenaan atau memberikan penjelasan maksud disebalik dialog yang dikatakan itu.

Berharap perkara seumpama itu akan berakhir, Shakilla menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap kata-kata yang keterlaluan dan berunsur fitnah atau memalukan.

Shakilla berkahwin dengan Fizi pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:cari