Ustaz Kazim Ded4h Ada Individu Datang Mohon Maaf, Meng4ku J4di Orang Suruhan

Nama penceramah terkenal, Datuk Kazim Elias kembali hangat diperkatakan apabila beliau mendedahkan sudah tidak tahan menanggung sakit luka di bahagian tubuhnya.

Meskipun sudah bertemu pakar perubatan, sakit yang dialaminya tidak juga sembuh.

Memetik laporan Utusan, Ustaz Kazim berkata ketika beliau menghidap penyakit misteri dipercayai angkara sihir, seorang individu pernah datang bertemunya dan memohon maaf.

Ada individu minta maaf dengan Ustaz Kazim

Individu tersebut mengaku sebagai orang suruhan kepada pihak yang menyihirnya. Dan beliau sudah memaafkan individu itu.

Tetapi saya tidak tanya kepada dia siapa yang suruh dia buat benda itu kerana saya tidak mahu apabila saya jumpa orang itu, saya nak marah kepadanya.

Kata beliau lagi, apa yang lebih penting adalah kesembuhan penyakitnya meskipun ada beberapa pengamal perubatan alternatif telah mendedahkan siapa pelakunya.

Saya tidak akan tuduh orang ini buat, orang itu buat sebab berdosa dan saya lebih mementingkan kesembuhan saya dengan izin Allah.

Sebagai seorang pendakwah, beliau mengakui harus lawan penyakit itu dan perlu sihat untuk menyampaikan kerja-kerja dakwah.

Beliau memohon orang ramai mendoakan dirinya diberi kesembuhan dan boleh berdepan orang ramai semula.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty With Brain

Sumber:oh media