9 Fakta Anna Jobling, Pelakon Gandingan Meerqeen Drama Melur Untuk Firdaus Yang Ramai Tak Tahu

Kemunculan aktres Anna Jobling dalam dunia lakonan telah menyemarakkan lagi kemeriahan industri hiburan negara yang sedia ada.

Pertandingan Dewi Remaja 2018 / 2019 menjadi pembuka jalan kepada bakat lakonan terpendam yang ada dalam diri wanita berdarah kacukan tinggi lampai ini.

Beliau yang baru berumur 22 tahun dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat dalam pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang dikelolakan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf itu.

Darah seni yang mengalir dalam diri Anna kini dipuja ramai apabila wanita cantik ini muncul sebagai peranan utama dalam siri slot Lestary TV3, Melur Untuk Firdaus dengan melakonkan watak Melur, di sisi aktor Meerqeen.

Di sini, ada beberapa fakta yang ingin Iluminasi kongsikan tentang Anna yang sedang laris namanya dalam lapangan seni hiburan ini.

9 Fakta Anna Jobling, Pelakon Gandingan Meerqeen Drama Novel Berepisod Melur Untuk Firdaus (TV3) – Yang Ramai Tak Tahu!

1. Anna yang beragama Islam, merupakan anak kepada Abdul Rahman Abdullah (bapa), seorang jurutera minyak dan gas, manakala ibunya, Azni Raihana Arop.

2. Wajahnya pernah menjadi sebutan warga siber gara-gara dikatakan mempunyai mirip aktres seangkatan, Amelia Henderson.

3. Model antarabangsa, Bella Hadid, Adriana Lima dan Miranda Kerr menjadi bintang idolanya dalam dunia peragaan.

4. Pernah mengikuti Akademi Amber Chia bagi menambah baik mutu persembahan di pentas peragaan.

5. Pernah muncul sebagai wajah model beberapa jenama produk unggul seperti Samsung, DiGi, Watson, Hong Leong Bank, Darlie, Roscani, Enchanteur dan banyak lagi.

6. Mempunyai impian untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa menerusi karier yang diceburi dalam bidang peragawati.

7. Drama-drama yang menggunakan khidmatnya sebagai penyandang watak setakat ini termasuklah One Two Hantu, Kalung, Malaysian Ghost Stories, Mr. Millennium, Shah Alam 40k, Oh My Hantaran, Kuasa dan Melur Untuk Firdaus, juga filem Pasal Kau dan Penunggang Agama 2.

Beliau bakal terbit memegang peranan dalam projek siri baharu iaitu Ash dan Aish, serta Dia Yang Ku Jadikan Suami.

8. Kerana ledakan watak Melur dalam drama Melur Untuk Firdaus, nama ‘Melur’ telah menjadi sebati dengan dirinya hingga dibahasakan peminat menggunakan panggilan itu. Malah, dia merancang untuk menamakan anak perempuanya kelak sebagai Melur jika diberikan rezeki zuriat selepas berkahwin nanti.

9. Menyanjungi senior, Diana Danielle yang dianggap sebagai ‘role model’ terbaik sebagai pelakon berdarah campuran, kerana bijak membawa diri sepanjang menjual nama dalam industri

 

Kredit foto: Instagram (IG) Anna Jobling via https://iluminasi.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty With Brain

Jutawan Kini