Suami Pengasas Dnars Bertegas Mahu S4man Individu Memfltnahnya

Suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur f1tnah terhadap dirinya.

Perkara itu ditegaskan oleh suami Allahyarham Faziani iaitu Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim, menerusi sidang media pada Rabu.

Tindakan tersebut dibuat menerusi peguam Nik Zarith Nik Moustpha menerusi tetuan Manz Co Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co.

Ahmad Shah Rizal turut meluahkan kebimbangan apabila pertikaian punca kematian Allahyarham Faziani dibangkitkan semula, yang akan memberi kesan psik0l0gi terhadap anaknya.

“Anak saya tidak memberikan sebarang reaksi, namun saya bimbang sekiranya ada yang bertanyakan hal ini kepadanya dan ia secara tidak langsung menimbulkan kesan psik0l0gi.

“Anak saya berusia sembilan tahun dan masih bersekolah. Jadi tentu sahaja saya risau tentang keadaannya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shah Rizal berkata, beliau masih belum dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis.

“Saya maklum dengan laporan polis, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerima sebarang panggilan untuk membantu siasatan,” tambahnya.

Satu laporan polis turut dibuat beliau berhubung penularan khabar angin yang mendkwa berlaku keraguan ke atas kemat1an bekas isterinya yang tuIar di media sosial.

Sekitar pertengahan Jun, ahli keluarga Allahyarham membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut berkaitan kematian Faziani.

Pada 26 Jun, media melaporkan laporan polis kedua dibuat pada Selasa (21 Jun) oleh abang Allahyarham Faziani berhubung pertukaran pemilihan saham syarikat usahawan wanita itu. – Majoriti

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty With Brain

SUMBER: mstar