“Saya sudah fikir semasak-masaknya” – Elyana perjelas tindakan tidak lagi berhijab

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Elyana membuat keputusan untuk tidak menjelaskan lebih lanjut kepada umum tentang keputusannya untuk tidak lagi memakai hijab.

Saya sudah fikir semasak-masaknya – Elyana perjelas tindakan tidak lagi berhijab

Namun penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memaklumkan dia sudah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu dan berharap agar orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dirinya.

Elyana sebelum ini menerima kec4man dan t0hm4han netizen selepas sekeping fotonya tidak berhijab tul4r di media sosial.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia 3nggan mengambil pusing k3caman netiz3n dan menganggap tiada keperluan untuk dirinya menerangkan kepada golongan itu yang tidak memahami dan akan sentiasa memandang negat1f bagi setiap tindak t4nduknya.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

“Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

“Baik burukny4, saya yang akan t4nggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya,” katanya.

Elyana berkata demikian ketika ditemui pada Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Pameran Pert4nian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA), di sini hari ini.

“Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Elyana juga memberitahu dia sudah penat menjaga hati orang lain dan kini akan lebih fokus terhadap perasaan dan jiwa sendiri.

“Dalam hidup saya tidak pernah rasa peny3salan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya.

“Sebelum ini saya hanya mem3ntingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty with Brain

Sumber: mstar