Ramai Cemburu Awal Ashaari, Scha Alyahya Jumpa Lee Min Ho

Umum mengetahui, pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini berada di Itali bagi memeriahkan Minggu Fesyen Milan (MFW) 2022.

Menerusi Instagram, Awal dilihat ada memuat naik video memaparkan tempat duduknya dan Scha hanya selang beberapa kerusi tempat aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min Hoo.

Dalam video dikongsikan itu juga, turut kelihatan Scha Alyahya menyapa dan berborak dengan pelakon yang popular menerusi drama Boys Over Flower itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Awal juga sempat mengambil gambar bersama untuk diabdikan sebagai kenangan ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama terkenal Boss itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Perkongsian Awal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja, malah ada yang cemburu melihat pasangan itu dapat bertemu dan berbual mesra dengan Lee Min Ho. 

MFW 2022 itu turut dihadiri barisan selebriti tersohor seluruh negara antaranya anggota kumpulan K-Pop Got7, Yugyeom, Luna Maya, Khaby Lame, Dr Naomi Campbell, J Balvin dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty with Brain

Sumber: rk