Seorang gadis rakam video BFF lelaki di hari persandingan ; ironinya rata-rata kenalan dan netizen memuji kejelitaan pengantin perempuan di Tiktok beliau.

Seorang gadis bernama Puteri Nurfazleen (25), tidak sangka video yang dikongsi beliau di Tiktok menjadi perhatian netizen dan kenalan yang mencecah hampir 2 juta tontonan.

Beliau yang menghadiri majlis persandingan rakan baiknya dikenali sebagai Shakir (27), merakam video sekitar majlis tersebut sehingga disedari oleh pengantin perempuan dan secara spontan memberitahu suaminya tentang kehadiran BFF nya itu yang dikenali sebagai ‘Put’.

Pengantin lelaki tersebut kelihatan terkejut dengan kehadiran Put oleh kerana mereka telah terpisah selama 4 tahun setelah tamat belajar pada peringkat diploma dimana mereka sangat rapat sehingga satu kolej maklum keakraban mereka berdua. Lelaki tersebut itu juga dikatakan terkejut kerana ‘Put’ menjadi antara tetamu serta rakan yang awal tiba di majlis tersebut.

Jelas ‘Put’ lagi, isteri kepada BFF nya merupakan kenalan beliau juga dimana mereka bertiga belajar di kolej yang sama di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau, Negeri Sembilan.

Yang menariknya, rata-rata yang menonton video tersebut terpukau dan memuji dengan kecantikan pengantin perempuan yang dikenali sebagai Fifie (25) serta senyuman yang sangat menawan dengan penuh ketenangan melayan tetamu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty with Brain

Sumber: