“Happy Birthday Korang Berdua, Enjoy The Bed.”Kapysen Seloroh Fazura Buat Fattah & Fatima buat ramai terhibur

Pelakon dan usahawan Nur Fazura berkongsikan momen-momen menarik dia sekeluarga yang kini sedang menikmati percutian di Pulau Langkawi bagi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Selasa.

Dalam muat naik di laman Instagram miliknya, Fazura berkata dia teruja kerana akhirnya perancangan untuk membawa puteri sulung, Nur Fatima Aisya bercuti dan bermain di pantai terlaksana selepas berbulan merancang.

Menariknya, kedatangan Fazura ke sana turut disambut dengan sebiji kek dan dekorasi bilik yang dihias dengan ungkapan ‘Happy Birthday’ bagi meraikan hari lahir pelakon filem Pisau Cukur itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Secara berseloroh, Fazura turut memuat naik gambar Fattah dan Fatima yang bersantai di katil beserta dekorasi hari jadinya itu.

“So.. yeah, happy birthday korang berdua. Enjoy the bed,” gurau Fazura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sementara itu, menerusi laman Instagram Fattah, pelakon Mat Kilau itu menitipkan ucapan romantis sempena hari istimewa isterinya itu.

“Happy birthday to my beautiful wife @missfazura, semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan, dilimpahkan rahmatNya, diberi kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


“Me and Fatima love you so much. By the way I included her favourite song,” tulis Fattah.

Video yang memaparkan kompilasi momen-momen bahagia pasangan itu turut disertakan dengan iringan audio lagu kegemaran Fazura iaitu Glimpse of Us nyanyian asal Joji.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.

komen netizen :

@ningdaltonLOL ❤️ @missfazura funny la @fattahaminz

@mynameishafiiizhahh😂😂 haha comel laaa #Fattzura

@a_z_z_i_ea_z_r_i_nAishhhh! Couple ni..buat sis gelak2 tutup mulut

@keklin_elinPart jerit tu best jerrrr.. 😂😂😂 aeiiyyhhh!!

Foto:  Instagram Fazura, Fattah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty with Brain

Sumber: rk