Loren Schauers masih mampu meneruskan hidup walaupun separuh badan (bahagian bawah) terpaksa dipotong

Seorang remaja yang masih hidup walaupun separuh badannya (pinggang ke bawah) terpaksa dipotong dikatakan perkara yang sangat ganjil.

Loren Schauers, 19, sedang memandu ‘forklift’ melintasi jambatan dan tersasar lalu terjunam kebawah setinggi 15 meter sehingga dihempap trak seberat 4 tan.

Walaubagaimanapun, beliau masih dalam keadaan sedar sepanjang kemalangan tragik tersebut dan melihat tangannya dan bahagian peha kebawah telah hancur.

Pekerja buruh itu juga membuat keputusan berani dengan membenarkan doktor membuat pembedahan hemicorperectomy dimana bahagian pinggang kebawah perlu dipotong untuk menyelamatkan hidupnya.

Para doktor memberitahu kekasihnya yang bernama Sabia Reiche, sekarang 21, yang Loren tidak akan selamat, dan Sabia mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebanyak 6 kali, merasakan Loren tidak akan hidup lagi

Ajaibnya, Loren berjaya menjalani pembedahan tersebut dan selamat.

Pasangan tersebut hanya bersama selama 18 bulan semasa kemalangan tesebut berlaku tetapi kejadian itu membuatkan mereka menjadi lebih rapat sehingga mereka bertunang pada tahun yang sama.

Loren, yang berasal dari Great Falls, Montana, berkata : “Saya sedar sepanjang kejadian itu dan menyaksikan ‘forklift’ menghempap dirinya.

Rata-rata pakar perubatan amat teruja dengan segala yang berlaku.

“Keputusan yang dibuat untuk memotong separuh bahagian badan bukanlah perkara yang sukar – ianya hanyalah satu pilihan untuk meneruskan hidup atau m4ti. Dengan adanya Sabia yang senantiasa berada disisi termasuk keluarga terdekat, ianya adalah keputusan yang tidak begitu sukar pada saya!”