- Islamik

7 Tahun Kahwin Belum Dikurniakan Anak, MIZZ NINA Kejar Kebahagiaan Mencari Akhirat.

Allah sebaik-baik perancang. Itu yang Nona dapat dirumuskan apabila seringkali mendengar rintihan dan luahan pasangan suami isteri yang kecewa kerana masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Bukan tidak ada sebarang usaha yang dilakukan untuk mendapatkan anak, ke sana ke sini mencari ikhtiar dan mendapatkan rawatan.

Itu lah yang dilalui oleh Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, 38 yang masih belum dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,33 sejak 7 tahun lalu. Mizz Nina percaya bahawa tidak semestinya tidak dikurniakan zuriat, seseorang itu tidak boleh menikmati kebahagiaan. Tambahan pula, Nina dikurniakan dengan suami yang sangat romantik, penyayang dan menerima dirinya seadanya.

Walau bagaimanapun, Mizz Nina dan Noh tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata sehingga pernah melakukan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) dan sebelum itu mereka juga pernah cuba menjalani kaedah Intra Uterine Insemination (IUI) sejak beberapa tahun lalu. Pengalaman melalui dua kaedah rawatan ini diceritakan sendiri oleh Nina dalam satu video khas yang dimuat naik di laman youtube miliknya sekitar Mac lalu.

Masa berdua digunakan sepenuhnya oleh pasangan romantis ini dengan bergiat aktif dalam misi kemanusiaan. Sebelum ini mereka pernah menjejakkan kaki ke bumi Palastin dan terbaharu Nina bersama Noh akan berangkat ke Turki pada 26 Ogos dalam misi kemanusian tersebut sempena Aidiladha. Masa belum ada anak ini lah Nina boleh meluangkan masa bersama suami dan masih boleh berada dalam mood honeymoon lagi.

Ternyata kemesraan yang dipancarkan oleh sweet couple ini menjadi inspirasi untuk pasangan suami isteri lain untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing walau apapun kekurangannya. Lebih-lebih lagi tentang penghijrahan luar biasa Nina dan apabila mereka bersama-sama berubah menjadi muslim yang lebih baik. Kalau tengok Mizz Nina yang dulu dan Mizz Nina sekarang memang jauh berbeza sekali. Jelas, apa  yang dikejar dalam kehidupannya sekarang hanyalah kebahagiaan mencari akhirat.

Kisah percintaan mereka juga pernah menjadi viral sebelum ini apabila Noh pernah berkongsi pengalaman yang pada ketika itu hanya mempunyai RM8,000 genap di dalam akaunnya untuk meminang isterinya itu walaupun Nina berasal daripada keluarga yang hebat dan kaya. Terbukti di sini cinta tidak mengenal harta dan darjat serta buatlah semua perkara dengan niat yang baik dan InsyaAllah akan bantu.

Puncuk pangkalnya, kita harus sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah dan sentiasa berfikiran positif. Tak apalah Mizz Nina, InsyaAllah akan ada suatu hari nanti impian kamu untuk menjadi seorang ibu akan tercapai. Nona doakan yang baik-baik saja untuk Mizz Nina dan Noh.
Jangan Lupa Komen

Sumber : nona.my

About videoviral

Read All Posts By videoviral
error: Content is protected !!