- Petua/Tips

7 tips penting untuk menghasilkan hidangan bihun yang sempurna. Tiada lagi bihun yang hancur dan lembik!

Bihun merupakan makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia dan sering dihidangkan sebagai sarapan mahupun makan malam. Proses memasak bihun bukanlah satu proses yang sukar namun memerlukan kemahiran yang tinggi kerana jika tersalah langkah, bihun anda boleh menjadi lembik, hancur dan ini pasti mematahkan selera anda.

Kita semua gemar menikmati hidangan bihun yang tidak putus, lembut dan kenyal pada masa yang sama. Jadi, kami akan kongsikan 7 tips mudah khususnya kepada anda yang tidak biasa atau pertama kali memasak bihun.

Notepam

Tips yang akan dikongsikan ini dijamin akan menghasilkan hidangan biasa yang enak, lembut dan menyelerakan!

#1 Jenama

Bihun Sufi

Setiap jenama bihun tidak mempunyai tekstur yang sama. Oleh sebab itu, hasil hidangan tidak akan sama kerana kita sering bertukar-tukar jenama. Ada jenama yang tebal, nipis, rapuh dan ada juga yang sedikit keras.

Bagi memastikan hasil masakan kekal sempurna, pastikan anda mengikut arahan memasak yang ada pada paket bungkusan bihun.

#2 Cara merendam bihun

okezone.com

Sebelum memasak bihun, kita perlu merendamnya buat sementara waktu untuk melembutkannya. Ada yang akan merendamkan dengan air paip beberapa jam sebelum memasak dan ada juga yang akan merendam bihun di dalam air panas bagi mempercepatkan proses.

Kedua-dua cara ini tidak salah namun anda haruslah segera membilas bihun yang direndam dengan air panas dengan air sejuk bagi menghentikan proses melembutkan itu sebelum ditos.

#3 Uji kekenyalan

fimela.com

Untuk mengetahui sama ada bihun anda sudah cukup lembut atau belum, uji kekenyalannya dengan cara putuskan helaian bihun menggunakan jari. Jika ianya mudah diputuskan maka bihun tersebut sudah lembut dan sedia untuk digoreng.

#4 Tambahkan air semasa menumis

okezone

Jika anda tidak berkesempatan untuk merendam bihun sehingga ianya betul-betul lembut kerana ada tetamu mengejut datang ke rumah, anda boleh melembutkan bihun ketika proses memasak.

Caranya mudah iaitu dengan menambahkan sedikit air semasa menggoreng supaya bihun menjadi cepat lembut.

#5 Perasakan hidangan dari awal

Nutri-Lover

Masukkan segala perasa seperti kicap, gula dan garam di awal proses memasak sebelum memasukkan bihun. Cara ini memudahkan segala perasa itu sebati dan mudah digaulkan bersama bihun. Tiada lagi kes tergigit butiran garam yang belum hancur.

#6 Gaul menggunakan sudip dan garfu

All Top Bargains

Bagi mendapatkan tekstur bihun yang panjang, tidak hancur dan lembut, anda disarankan untuk menggaul bihun dengan menggunakan dua peralatan seperti yang telah disebutkan di atas.

#7 Pecahkan telur

Pinterest

Ada segelintir tukang masak gemar memasukkan telur ke dalam bihun namun tindakan ini menyebabkan perencah di dalam kuali berkumpul dan sukar untuk diratakan. Jadi, untuk memudahkan anda, goreng telur secara berasingan. Potong kepada ketulan kecil dan taburkan di dalam bihun yang telah siap dimasak. Lebih menarik dan menyelerakan!

Semoga perkongsian tips ini dapat membantu anda memahirkan diri dalam hidangan bihun. Selamat mencuba!

Sumber: SirapLimau

 

About videoviralzulkalnain2019

Read All Posts By videoviralzulkalnain2019