- Viral

‘Ada Ganjaran Wang Tunai Sesiapa Yang Jumpa Acap’? Ini Pengesahan Mengejut Abang Acap..

Acap…mak kat sini…balik nak’

“ACAP…Acap..mak kat sini…balik Acap,” demikian panggilan pilu ibu Mohammad Ashraf Hassan, 29, dalam usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Walaupun ada masalah kesihatan jantung, Siti Maznah Khamis, 62, menggagahkan diri memasuki hutan dan mendaki bukit di kawasan anak kelima daripada tujuh beradik itu dipercayai hilang.

Rakaman video usaha keluarga mencari m4ngsa yang mesra dipanggil Acap dikalangan keluarga dan rakannya itu tersebar hari ini dan video itu meruntun hati mereka yang menontonnya.

Sejak kehilangan Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor itu dilaporkan, ahli keluarganya berkumpul di situ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan m4ngsa selain turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-10.

Abangnya, Mohd Zahiruddin, 35, berkata, mereka tidak pernah putus harapan dan akan terus berusaha mencari Acap setiap hari tidak kira waktu hingga jumpa.

“Ibu ada sakit jantung, tetapi semangatnya kuat untuk mencari Acap termasuk mendaki bukit serta masuk hutan walaupun pada waktu malam.

“Kami sekeluarga sejak dari awal hingga kini masih berusaha mencarinya dengan menyusuri laluan larian, kawasan sungai dan hutan bersama pasukan SAR serta penduduk kampung,” katanya hari ini.

Menurutnya, ibu bapanya serta kakak dan adik-adik lain turut membantu mencari dan mereka menetap di inap desa berhampiran bagi memudahkan urusan pencarian.

“Selain menyertai operasi mencari kami turut berusaha cara perubatan Islam dengan mendapatkan bantuan ustaz serta ibu juga tak pernah putus membuat solat hajat memohon Acap segera ditemui.

“Belum ada sebarang petunjuk setakat ini mengenai keadaan dan lokasi di mana adik berada dan kami mohon orang ramai turut sama mendoakan agar Acap dijumpai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Acara Gopeng Ultra Trail 2019, Muhammad Irwan Yusuf berkata, larian terbabit adalah penganjuran kali ketiga sejak 2017 dan laluannya pernah digunakan pada penganjuran program sebelum ini.

“Kalau nak diikutkan laluan itu adalah kawasan kampung, banyak rumah serta kebun manakala laluan sebelum ke Gua Tempurung pula laluan berbatu yang aktif digunakan penduduk kampung dan pasukan bomba turut mengatakan ia bukan laluan berbahaya untuk pelari,” katanya.

Menurutnya, selain membantu operasi mencari pihaknya juga memberi tumpuan kepada ahli keluarga m4ngsa dengan memastikan segala kebajikan mereka terjaga termasuk penginapan.

‘Ada Ganjaran Wang Tunai Sesiapa Yang Jumpa Acap’? Ini Pengesahan Mengejut Abang Acap..

KELUARGA Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap menafikan ada membuat tawaran ganjaran wang jika peserta Gopeng Urban Trail 2019 yang hilang sejak 23 Mac lalu ditemui.

Abangnya, Mohd Zahiruddin, 35, berkata, mereka sekeluarga kesal apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dan menyebarkan berita tidak benar dalam usaha mencari Acap.

“Tawaran itu sengaja diada-adakan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan termasuk difahamkan mengutip derma kilat kononnya untuk sukarelawan dan usaha mencari adik saya.

“Jangan layan khabar angin ini kerana fokus kami sekarang adalah mencari Acap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran dan ganjaran jika menjumpai m4ngsa.

“Ada pihak tertentu cuba menangguk di air keruh atas kejadian ini.

“Kalau ada keraguan mengenai ganjaran rujuk kepada Ketua Polis Daerah,” katanya ketika ditemui ketika melawat pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang, Gopeng hari ini.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf kini ditumpukan di dua lokasi terbaru membabitkan sekitar Gua Tempurung dan Hutan Simpan Bukit Kinta.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan selepas pencarian di keseluruhan lokasi litar larian selesai dilakukan dan tidak menemui sebarang petunjuk.

“Ini kali pertama kita melakukan operasi pencarian di kawasan rekreasi dan laluan balak.

“Fokus utama kini adalah di sekitar Gua Tempurung dan di laluan balak yang berada berhampiran trek larian asal 100 km bersebelahan trek 25 km,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah masuk ke dalam Gua Tempurung bagi melakukan tinjauan awal serta pemetaan dan akan bertemu dengan pengurusan Gua Tempurung bagi mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) gua berkenaan.

Mohd Khairul berkata, pencarian di laluan balak di Hutan Bukit Kinta pula membabitkan kawasan enam km dengan menggunakan pacuan empat roda dan berjalan kaki.

Sumber : Metro

 

About videoviralzulkalnain2019

Read All Posts By videoviralzulkalnain2019