Sebab Izara Aishah Muat Naik Kartun Wanita Tak Berhijab Dan Bertudung Labuh

PELAKON Izara Aishah menjelaskan foto kartun perbandingan antara wanita tidak berhijab dan bertudung labuh yang dimuat naik di laman sosial miliknya itu bertujuan men3gur tindakan netizen yang gemar menulis kata-kata bvruk kepada wanita.

Izara, 27, berkata dia dan wanita yang belum berhijab mengetahui bahawa mereka wajib untuk menutup aurat sebagai seorang muslim.

“Post ini bukan sebab saya atau wanita lain tak mahu menutup aurat sayang. Post ini lebih kepada yang duk kvtuk tu.Izara telah memadam status penjelasan tersebut selepas beberapa jam.

“Kami wanita sudah tahu memang kena tutup aurat sebab hari-hari kena sekolah.

“Tetapi post ini untuk kaum lelaki atau wanita untuk jangan bercakap begitu ya, ia juga berd0sa dan dibela kadang-kadang. Berilah kata-kata yang lebih membina.

“Wanita ini macam mana pun akan tutup kerana perkara menutup aurat ini sering diingati. Okey itu saja,” tulis Izara menerusi laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Izara telah memadam kapsyen penjelasan dan ruang komen juga ditutup namun dia membiarkan saja foto kartun tersebut di laman sosialnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa ini memberitahu setiap perkongsiannya di media sosial mempunyai sebab.Izara mahu menyekat netizen yang berfikiran neg@tif.

Kata Izara, dia sebelum ini membuka ruangan komen di foto tersebut kerana ingin menyekat netizen yang berfikiran neg@tif di akaun Instagramnya.Tambah Izara lagi, dia tidak akan memberi sesiapa peluang untuk tidak menghormati orang lain di laman sosial miliknya. Netizen sepatutnya berfikiran lebih terbuka sebelum memberi kr1t1kan tentang sesuatu isu supaya t1dak menimbulkan salah faham antara man-mana pihak.


“Setiap perkongsian saya di laman sosial mempunyai sebab tersendiri. Saya membuka ruangan komen di sebelah memberi kesempatan untuk saya menyekat anda yang berfikiran neg@tif untuk datang ke akaun saya.

“Ada perbezaan antara pembenci dan kritikan, dan ada beza antara kebebasan bersuara dan menjadi kurang ajar.“Tidak, saya tidak akan beri anda peluang untuk tidak menghormati orang lain di Instagram saya,” kata Izara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Instagram Izara Aishah via Mstar

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: