- HIburan

Aeril Zafrel beri Mercedes, dibalas Vellfire oleh Wawa

KALAU sebelum ini Aeril Zafrel pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz C200 kepada Wawa Zainal, kali ini isterinya itu pula membuat perkara yang sama

Wawa, 27, memberikan hadiah Toyota Vellfire berwarna hitam kepada Aeril bagi membalas kejutan yang dibuat suami kepadanya itu.


“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.

“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang,” ujarnya.

Dalam pada itu Wawa turut berkata, tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan.

Wawa menerima hadiah kereta pada Jun lalu.

Dia turut bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada keluarganya.
“Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,” ujarnya.

Sebelum ini pada 3 Jun lalu, pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu membuat kejutan istimewa kepada Wawa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Hadiah itu juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.

VIDEO : Wawa Zainal & Aeril Zafrel memang pasangan romantik

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Layan Video

Sumber : Mstar

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *