- HIburan

Aiman Tino Beri Am4ran, Pihak Yang Terus Sebarkan Isu Video Luc4h Miripnya Akan Disam4n!

Penyanyi Aiman Tino akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyebaran video luc4h yang dipercayai miripnya di laman sosial sejak Isnin lalu.

Aiman menerusi laman Instagramnya pada Selasa memberitahu dia dan pihak pengurusannya sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Menurut Aiman, pihaknya bakal mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba membangkitkan semula isu tersebut sehingga menjadikannya berlarutan.

“Berhubung isu yang sedang tular, Aiman dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.”

Aiman mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Instagramnya.

“Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannnya berlarutan,” katanya.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melakukan aksi tidak sen0nohnya dipercayai dirinya di dalam sebuah bilik.

Menerusi video berdurasi 30 saat tersebut, wajah lelaki yang mirip Aiman itu dapat dilihat pada lima saat pertama sebelum individu itu berundur bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.

Bagaimanapun, penyebar video itu menutup kem4luan lelaki tersebut menggunakan stiker grafik sepanjang video itu.

Netizen juga yakin individu tersebut adalah Aiman kerana bingkai gambar di dinding bilik video itu dirakamkan sama seperti dalam video terbitan sebuah akhbar atas talian mStar Online menerusi segmen #Bizibody ketika berkunjung ke kediaman penyanyi itu sebelum ini.

Aiman berterima kasih kepada peminat atas nasihat dan sokongan.

Dalam pada itu, Aiman turut berterima kasih kepada peminat-peminat setianya atas nasihat serta sokongan yang berterusan. 

Selain itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu turut memohon maaf dan berterima kasih kepada semua pihak terutama rakan media yang banyak membantu karier seninya.

“Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Aiman sayang anda semua.” 

“Pada masa sama, Aiman memohon maaf kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatianan dan sokongan terhadap karier Aiman,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa selebriti lelaki tempatan yang lain pernah terpalit dengan kontroversi sama seperti Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Ameer Forteen dan Idris Khan.

Sumber: Mstar