- Kesihatan

“Alhamdulillah I’m Getting Better,” – Akui Makin Pulih, Tasha Shilla Kongsi Tips Awal Kesan Kemurungan

Pelakon, Tasha Shilla mendedahkan dirinya kini sudah beransur pulih daripada dibelenggu masalah kemurungan.

Lantaran itu, pelakon tersebut telah berkongsi beberapa kaedah untuk mengenal pasti simptom awal penyakit tersebut di laman Instagram milknya.

“Since ramai yang DM & bertanyakan pada Tasha mengenai Depression( Kemurungan) macam mana kita nak tahu kita mengalaminya. Ini tasha share info, nasihat Tasha kita perlu jumpa orang yang betul untuk kita keluar dari masalah kemurungan ini.

“Inshallah,semuanya akan baik2. Sebarang pertanyaan anda Semua boleh contact @coachmuhammadfahmi . Siapa nak ubah hidup kita kalau bukan diri kita sendiri,” tulisnya.

Tambah Tasha, setiap orang yang mengalami masalah kemurungan ini harus berjumpa dengan pihak pakar untuk megetahui tentang cara mengatasi masalah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

#loveoftashashilla

A post shared by Tasha Shilla (@tashashilla) on

Di ruangan komen, rata-rata peminat berterima kasih kepada Tasha diatas perkongsian tersebut selain turut mendoakan supaya pelakon itu tidak bersedih lagi.

Sebelum ini, Tasha pernah mendedahkan dirinya menderita masalah kemurungan hampir dua tahun akibat tertekan dengan tekanan hidup.

 

View this post on Instagram

 

Sunday 😘 #loveoftashashilla

A post shared by Tasha Shilla (@tashashilla) on

Foto: IG Tasha Shilla

Sumber: media hiburan

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *