- HIburan

“I Am So Honored” – Neelofa, Artis Berhijab Pertama Hiasi Papan Iklan Swarovski!

Pelancaran kempen Raya Swarovski dengan bangganya memperkenalkan Neelofa sebagai wanita hijab pertama menjadi wajah kempen Raya tahun ini buat kali pertama di Malaysia.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, projek ini merupakan permulaan terbaik bagi kolaborasi yang akan datang.

Personaliti terkenal ini diterbangkan terus ke Dubai untuk proses penggambaran koleksi tersebut yang berlatar belakangkan gurun Abu Dhabi yang sangat menakjubkan.

 

View this post on Instagram

 

Swarovski SS19 Ramadhan

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

“Syawal adalah bulan yang mana saya mendedikasikan masa dan menekankan nilai dan cara yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat. Aspirasi saya adalah untuk menjadi seorang yang memberi daripada menerima. Seseorang yang memberi kasih sayang, kekuatan dan aura positif.”

 

View this post on Instagram

 

Backstage shenanigans with my glam squad, my team and the ever hardworking crew during the #AME2019 ! ✨

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

“Saya amat percaya yang kehebatan seseorang tidak terlihat pada apa yang dia miliki, sebaliknya apa yang mereka sumbang. Dan satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah apabila mereka memiliki keyakinan, kekuatan dan kualiti dalam memberi kuasa; membolehkan mereka memberi orang-orang di sekitar mereka momen terbaik mereka,” jelas Neelofa menerusi EH! .

Dalam masa sama, Swarovski turut mengumumkan kerjasama terbaharu dengan jenama tudung Neelofa, iaitu Naelofar Hijab.

Naelofar Hijab yang dilancarkan pada 2014 bertujuan untuk merevolusikan hijab modest dan kini dijual lebih daripada 37 buah negara seluruh dunia. Penyatuan khas ini untuk memastikan bahawa kempen Ramadan dari Swarovski kali ini akan membuat pembeli berkilau sepanjang musim.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Video Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Layan Video

 

 

SumberNeelofa, EH!

About widyantie

Read All Posts By widyantie
error: Content is protected !!