- Viral

Awas, Isteri Susah Nak Hormat Suami Yang Suka Men!pu!

Sekali suami men!pu isteri, selama-lamanya akan kadi parut dalam rumah tangga. Malah lagi buruk isteri akan mengungkit benda yang sama sampai bila-bila!

Sebab itulah sebelum berniat nak men!pu, tolong berfikir dulu. Jangan sampai hilang kepercayaan golongan mak-mak.

Nah, buat encik suami yang suka t!pu isteri, jemput hadam dan hafal perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Moga anda boleh berubah sebelum terlambat.

Buat Suami Yang Suka Men!pu

Adakah sesebuah hubungan akan kembali seperti biasa sekiranya pasangannya telah men!pu?

Mustahil… hampir pasti, tidak akan kembali seperti biasa atau sebelumnya, kenapa?

Dahulu dia diberikan kepercayaan sepenuhnya, tapi masih men!pu. Jadi masih perlu lagi untuk bagi kepercayaan yang sama sepenuhnya? Mungkin 50-50 atau mungkin langsung tidak percaya. Pendek kata, telah hilang kepercayaan.

Dahulu dia dilayan dengan baik, lengkap serba serbi, tiptop tapi masih men!pu. Jadi masih perlu lagi dilayan sebegitu baik untuk dit!pu lagi? Sakitnya dit!pu itu yang akan mengubah cara layanan, senyuman dibibir pun akan perlahan-lahan hilang. Apa yang tinggal? Muka masam, kelat, hati sakit, dingin.

Dalam hati, “sia-sia layan dia baik-baik…”

Men!pu langsung tidak memberi apa-apa makna melainkan ianya hanya akan menjejaskan hubungan. Tambahan pula apabila pen!puan itu terbongkar dgn sendirinya dan dengan pertolongan Allah.

Allah takkan menyembunyikan kebenaran daripada sesiapa pun terutamanya dari seorang isteri yang telah berkorban apa saja untuk rumah tangganya.

Berubahlah Sebelum Terlambat

Jadi, kepada sesiapa yang masih men!pu pasangannya, hentikanlah dengan segera sebelum layanan dan kepercayaan isteri hilang. Isteri pun susah nak hormat suami yang suka men!pu. Tinggalkan, bertaubat dan berubah, itu lebih baik sekiranya anda masih sayangkan rumah tangga yang anda ada sekarang.

Jika tidak, teruskanlah men!pu… orang yang ditipu takkan selamanya bodoh dan takkan selamanya ada untuk terus dit!pu.

VIDEO :

Sumber : MingguanWanita

About videoviralzulkalnain2019

Read All Posts By videoviralzulkalnain2019