- Viral

Azreen Dilapor Kritikal, Terpaksa Bergantung Kepada Ubat Tahan Sakit.

Azreen Manan yang dimasukkan ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya sejak semalam, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selain terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit.

Azreen merupakan antara pelakon popular pada era 90-an.


Menerusi laporan Berita Harian Online, difahamkan beberapa organ dalam badan termasuk buah pinggang bintang berkenaan dikatakan gagal berfungsi hingga menyebabkan komplikasi.

Perkongsian tersebut dikongsikan suaminya hasil daripada pemantauan doktor.
“Kesihatan Azreen semakin merosot sejak seminggu lalu. Kelmarin, dia mengadu sakit perut. Kemudian ibu perasan beg untuk saluran air kencingnya tiada tanda-tanda perkumuhan.

“Saya terus pulang daripada tugasan di luar kawasan selepas menghubungi hospital. Kami diminta segera membawanya ke hospital untuk diperiksa dan dirawat,” katanya yang turut memberitahu, isteirnya itu masih sedar dan kenal orang-orang di sekeliling.
Malah, sejak semalam, dikatakan hampir 100 orang melawat termasuk saudara mara, kenalan dan rakan artis.
Untuk rekod, Azreen disahkan menghidap kanser servik tahap empat sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, sel barah menyerang lagi sehingga beralih ke bahagian kaki pelakon berusia 41 tahun itu.Azreen dikenali sebagai penyanyi pada usia 12 tahun apabila tampil dengan album sulung pada 1989.

Dia juga pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Asia Bagus pada 1992 yang menyaksikan bintang Indonesia, Krisdayanti muncul juara.

Setahun kemudian Azreen dipilih membintangi filem Azizah The Lagend yang menyaksikan gandingan Badrul Muhayat dan Wafa Abdul Kadir.

VIDEO:

azreen

kanser

Posted by IKepoh on Sunday, August 12, 2018

Foto: Carian Google,video Mstar

Sumber BH

like facebook @Layanvideo

About videoviral

Read All Posts By videoviral