- Viral

“Baguslah… Tak Marah Atau Saman Di Mahkamah” – Turut Promosi Kek Lapis Yang Gunakan Namanya, Neelofa Dapat Pujian Netizen

Pengacara cantik Neelofa mendapat pujian netizen selepas dia mempromosikan seorang peniaga kecil yang menggunakan namanya untuk menarik perhatian pelanggan.

Peniaga kecil yang menggunakan akaun @ibuempire itu menjual kek lapis menerusi laman sosial Twitter.

Menariknya, salah satu kek lapis yang dijual diberikan nama kek lapis Neelofa.

Turut mendapat perhatian pengacara MeleTOP itu, dia sempat bergurau membalas tweet terbabit dan mendoakan agar peniaga itu dimurahkan rezeki.

“Di kek lapiskannya kita ye? Semoga rezeki dimurahkan sepanjang Ramadan ini,” tulis Neelofa menerusi salah satu entri di laman Twitter.
Rata-rata netizen memuji kemurnian hati Neelofa yang tidak marah apabila peniaga kecil itu menggunakan namanya.

“Baguslah Kak Lofa ni. Tak marah ataupun sue this person kat court ke apa ke sebab guna nama. And you wished her dimurahkan rezeki pula. So nice,” tulis @syamimsalleh.

“Alhamdulillah… Baiknya hati Lofa… Macam sengaja Lofa upkan tweet peniaga ni sebab dia tahu akan jadi viral nanti. sekaligus membantu peniaga kecil ni… Semoga Allah merahmatimu Neelofa,” tulis @stylefast1.

“Haaa Kak Neelofa you so kind. I love you,” tulis @alpacas.

Setakat ini, entri terbabit menjadi tular dan mendapat lebih 3,500 ulang kicau (retweet) serta lebih 5,000 tanda suka (likes).

About videoviral

Read All Posts By videoviral
error: Content is protected !!