Hilangkan Kedut Dengan Bawang Putih, Garis Halus Hilang, Wajah Pun Nampak Awet Muda

 

Wajah yang berkedut tentunya boleh menganggu penampilan dan keyakinan diri seorang wanita. Maka sebab itulah perawatan kulit wajah perlu dilakukan seawal mungkin agar wajah kelihatan sentiasa awet mudSelain mengpaplikasi produk-produk ‘moden’ yang ada di pasaran, tidak salah jika anda mencuba petua-petua lama yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tidak ada yang lama aka tidak adalah baru.

PETUA MUDAH HILANGKAN KEDUT

Apabila usia sudah menganjak ke angka 40-an, biasanya banyak tanda-tanda penuaan jelas kelihatan pada kulit wajah. Bukan sahaja masalah wajah berkedut tetapi juga masalah lain seperti jeragat kulit menggelebeh dan bermacam-macam masalah lagi akan jelas kelihatan apabila usia semakin meningkat.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Namun itu bukan bermakna kita hanya perlu berdiam diri tanpa sebarang usaha untuk merawatnya. Salah satu cara yang boleh dipraktikkan ialah dengan mengguakan bawang putih.

Bawang putih pun boleh memudarkan garis halus dan kedut pada kulit wajah. Ia bersifat anti penuaan. Jom kita cuba petua seperti yang dikongsikan oleh Niza Hamid

BAHAN-BAHAN: Bawang putih dan sedikit air sahaja.

CARA-CARANYA:

1. Ambil 3 ulas bawang putih dan tumbuk halus (hendak kisar pun boleh).

2. Tambahkan sedikit air.

3. Sapukan pada kulit wajah dan leher.

4. Apabila sudah agak kering, boleh bilas.

Peringatan: Yang ada kulit sensitif, boleh cuba buat ‘patch’ di bahagian wajah (small area) terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana kesan bawang putih ini agak kuat. Pastikan pakai pelembap wajah.

Dari segi amalan eloklah kita sentiasa sedar usia itu sudah tidak banyak berbaki. Namun tidak semestinya kita tidak boleh usaha jaga. Fitrah manusia suka yang indah-indah sahaja.

Kita guna bahan semula jadi sahaja. Tidak perlu suntik sana sini untuk tegangkan kulit wajah. Tidak akan ada yang sesempurrna ciptaan Allah.

 

Sumber kredit: Niza Hamid

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: