- HIburan

“Doakan Kesihatan Kami Ya!”- Hanis Zalikha Cemas Bayi Dalam Kandungan Tidak Bergerak

ISTERI kepada pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha berkongsi detik cem4s apabila bayi dalam kandungannya secara tiba-tiba tidak bergerak selepas selesai solat Asar pada hari kedua berpuasa.

Bagaimanapun, Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 29, berkata, bayinya kembali menendang dengan kuat selepas dia terpaksa berbuka puasa dan mengisi perut dengan makanan dan minuman.

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Lepas tu dia diam saja.

Baby yang kali ni dah lah sangat memberi respon, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy (Hairul) panggil dia, semua dia tak nak respon.

 

View this post on Instagram

 

Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

“OMG gementar. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan coklat biskut semua (kemain maknya), dan dan tu juga baby tend4ng kuat g1la,” kata Hanis.

Hanis yang dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada Jun depan mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

Selamat pagi! Kejarlah cita-citamu dan percaya pada setiap rezeki yang tertulis adalah dari sangkabaik kita kepada Tuhan ❤️

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Dalam pada itu, Hanis berkongsi nasihat doktor mengenai segelintir wanita hamil sangat sensitif ketika mereka berpuasa boleh menyebabkan air ketuban berkurangan.

Selain itu, doktor juga menasihatkan supaya dia sentiasa menjaga dan peka dengan kiraan tendangan bayi dalam kandungan.

“Lepas tu, semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay bagus, sesetengah orang sangat sensitif, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.

“Jaga kiraan tendangan saja sekarang. Kita tahu waktu bayi kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan selang yang tepat sama setiap orang.

“Ia cuma bantu kita peka waktu aktif bayi kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!” ujarnya.

Hanis dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Video Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Layan Video

 

 

Sumber : mStar

About widyantie

Read All Posts By widyantie
error: Content is protected !!