- Agama

Bekas suami tak bayar nafkah berdepan tindakan sekatan bank

PUTRAJAYA: Tindakan lebih tegas sedang dipertimbang kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perc3raian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang dic3raikan dan tidak mendapat pembelaan.

“Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkuasaan, jadi kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah.

“Perkara itu sudah dibincang di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), dibincang peringkat kami, dan saya harap penguatkuasaan itu perlu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank, jadi kita perlukan penguatkuasaan ke atas suami yang liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah di sini hari ini.

Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai.

“Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah.

“Jadi kita perlu ada penguatkuasaan yang lebih tegas supaya mereka tahu bahawa keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguatkuasaan ke atas diri mereka,” katanya.

Sumber

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *