- Kesihatan

“Bidadari Penguat Semangat” – Selamat Jalani Pembedahan, Rahim Seronok Kedua-Dua Isteri Jadi Peneman.

Pelawak Rahim Sepahtu telah selamat menjalani pembedahan bariatrik awal pagi tadi.

Berkongsi momen sesudah menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta di ibukota, detik itu lebih indah apabila dia turut ditemani kedua-dua isterinya, Lily Khay dan Norazlin Abdullah.

“Bidadari penguat semangat, @kolin_abdullah @lilykhay terima kasih kerana berada di sini,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Bidadari penguat semangat @kolin_abdullah @lilykhay trmkasih kerana berada disini

A post shared by rahimsepahtu (@rahimr2) on

Dalam foto terbabit, kedua-dua isteri Rahim mesra duduk bersebelahan di tepi katil penyampai radio Sinar itu.

Perkongsian itu mendapat pujian peminatnya yang menyifatkan kedua-dua isteri Rahim penyayang dan sangat bertoleransi dalam melayari alam rumah tangga.

Terdahulu, Rahim mengemaskini akaun media sosialnya mengenai keadaan kesihatannya sejak semalam sebelum menjalani pembedahan terbabit.

 

View this post on Instagram

 

Day 2 @dr.mustafamt @rafeahariffin @sinar_my #batriaticsurgery #ihealmedicalcentre

A post shared by rahimsepahtu (@rahimr2) on

Pembedahan bariatrik merupakan prosedur untuk mengatasi masalah reflux (muntah-muntah selepas makan) dan obesiti.

Sebelum ini, juara Gegar Vaganza 4, Aishah pernah menjalani prosedur sama dan menyaksikan perubahan berat badannya dari semasa ke semasa.

Sumber: IG Rahim, Gempak

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *