“Boleh pimpin ibu ayah ke syurga..” – Tok Ti bawa Aafiyah jumpa ulama terkemuka Arab Saudi

Mendapat perhatian sejak dalam kandungan, kini nama Siti Aafiyah telah mula dikenali orang ramai terutama bagi peminat setia ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Penantian selama 11 tahun bagi penyanyi tersohor negara itu sudah tentu amat berbaloi, justeru didikan agama dan kasih sayang akan diberikan secukupnya buat bayi berusia empat bulan berkenaan.

Terbaru, penyanyi lagu Kesilapanku, Keegoaanmu itu ada memuat naik sekeping gambar Aafiyah di laman Instagram miliknya berkongsi kisah ketika bertemu dengan salah seorang ulama Islam dari Arab Saudi,  Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki.

Alhamdullillah.. Aafiyah berkesempatan bertemu Abuya Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al Hasani @s.a.almaliki81 sebentar tadi.. Sejak mula proses IVF Abuya &Ummi Abuya doakan Aafiyah sehinggalah bersalin .. Bertuah anak ibu.. Semoga Aafiyah menjadi anak yg soleha.. aamin ya rabb

“Alhamdullillah, Aafiyah berkesempatan bertemu Abuya Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al Hasani @s.a.almaliki81 sebentar tadi,” kata Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti.

Menurut wanita berusia 39 tahun itu, beliau mengakui anaknya bertuah apabila ulama tersebut telah mendoakan kesejahteraan Aafiyah sejak dari dalam kandungan lagi.

“Sejak mula proses IVF Abuya & Ummi Abuya doakan Aafiyah sehinggalah bersalin. Bertuah anak ibu. Semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah. Aamin Ya Rabb,” tambah Siti lagi.

Aafiyah di rumah kak @tyaarifinnw

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Boleh jadi Hafizah, bawa ‘parents’ ke syurga…

Bertuahnya dengan alim ulamak…

Alhamdulillah, semoga jadi anak solehah!

Sumber : ctdk via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *