- Viral

Bukan Sekadar Pakcik Biasa. Main-main Je Masuk Butik Tapi Tak Pernah Beli.

Nasib kita tak pernah sama dengan nasib orang. Murah bagi kita mahal bagi orang, susah bagi kita senang bagi orang dan sedikit bagi kita tapi banyak bagi orang. Begitulah kehidupan di dunia sekarang ini. Penuh dengan kepura-puraan materialistik. Bak kata orang “hidup tidak memerlukan tetapi untuk hidup duit amat diperlukan.”

Lain pula kisah seorang pakcik ini…

Dikicaukan oleh Izzul Idris, seorang pereka fesyen, di Twitter beliau tentang seorang pakcik OKU (Orang Kelainan Upaya) yang sering datang ke butiknya untuk membeli baju.

“Heyy korang baca la kisah pakcik ni. Omg! Im so proud to him sbb dia ade usaha nk bg org nampak yg dia ni mampu bg isteri n anak2 dia pakai baju cantik2. Omg im so sad. n to mulut2 celak4 yg duk ckp pakcik ni cac4t pe smua hope bnda tu berbalik kat korang! Erghhhhh”

Dia sangat bangga dengan pakcik ni…dia OKU sejak kecil.

Bekerja sebagai cleaner dan sudah beristeri. Dia akan datang ke butik setiap kali raya nak tengok baju. Nak isteri pakai cantik-cantik tapi tak pernah beli. Tak mampu…

Bagus Izzul ni layan pakcik ni dengan sabar…

Pakcik pernah cakap’ “aku ni mcm org bodoh, datang je lepas tu keluar.” Baju yang dia tengok tu pun dah takde, orang dah beli.

Walaupun dia cacat, keinginannya seperti orang lain jugak, nak isterinya nampak dan pakai cantik-cantik!

Netizen ramai yang terharu  dan sebak…

Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada sebab ada yang lebih melarat lagi.

Ramai yang memuji dan mensyukuri tindakan saudara Izzul ini.

Sumber: Twitter Izzul Idris