- Petua/Tips

Cara Mudah Hapuskan Ketuat Tanpa Rasa Sakit, Guna Kulit Pisang Je.

Ramai antara kita yang pernah mengalami masalah ketuat. Ada yang kena di kaki, ada yang kena di tangan. Apa pun, individu yang mengalami masalah ketuat pasti berasa tidak selesa. Mereka sebolehnya ingin menghilangkan penyakit ini serta merta.

Namun, bagi anda yang tidak tahu, ketuat mempunyai ‘akar’. Jika ‘akar’ ini tidak dihapuskan, ia akan membolehkan ketuat tumbuh semula. Berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menghapuskan ketuat. Semoga bermanfaat untuk anda.

Seorang Doktor telah mendedahkan cara menghilangkan ketuat dengan menggunakan kulit pisang. Proses ini memakan masa selama 2 minggu. Begini caranya, bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Kulit Pisang

Pilih kulit pisang yang berkualiti dan masih segar. Semua jenis pisang boleh digunakan.

Plaster atau Duck Tape

Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kulit pisang pada kulit. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Cara-caranya

Potong kulit pisang seperti gambar diatas

Letakkan kulit pisang diatas duct tape atau plaster, pastikan bahagian dalam kulit pisang melekat pada kulit nanti.

Tampal plaster atau duck tape pada bahagian kutil. Patikan kulit pisang pada bahagian dalam terkena pada kulit.

Biarkan selama sehari, keesokannya tukarkan dengan kulit pisang yang lain.

Ulangi proses 3 dan 4 selama 2 minggu.

selepas 2 minggu kutil akan sembuh.

Selepas satu minggu, kutil akan mengecil

Selepas 2 minggu kutil akan sembuh dan hilang.

Video :

Sumber: Herbal tv Olahan Viwanita

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *