- Petua/Tips

Cara Mudah ‘Kilatkan Belakang Kuali’ Hanya Dengan Satu Bahan Sahaja

Masalah belakang atau bontot kuali hitam legam pastinya membuatkan suri rumah, mak-mak tak senang duduk. Macam ada yang tidak kena bila nampak belakang kuali hitam berkerak.

Lagi-lagi kalau jenis yang simpan kuali dengan cara menggantung pada dinding. Sakit mata!

Kalau tanya Google memang ada banyak cara untuk bersihkan belakang kuali berkerak ini. Namun tidak semuanya mudah, malah ada yang memerlukan tenaga untuk menyentalnya.

Melalui perkongsian pemilik akaun Facebook, Fara Amirullah, dengan hanya menggunakan satu bahan ini sahaja masalah kuali berkerak boleh diselesaikan.

Menurut wanita ini, ibunya jika datang ke rumah nampak bontot kuali hitam berkerak memang cukup bising. Pemalas katanya!

Jadi apa yang Puan Fara buat, dia menyental ‘manja-manja’ belakang kualinya dengan menggunakan sabun buku Buruh. Harganya dalam RM5 ada 10 buku di dalamnya. Wah, berbaloi-baloi murahnya tu!

Sagat and lumur pada belakang kuali yang berkerak, biar dalam 5 minit kemudian sental. Tidak perlu sental kuat-kuat pun kerak akan jatuh. Jimat masa jimat tenaga jimat duit!

Berkilat macam kuali baru! Sekarang tidak perlu risau atau malu jika ibu dan ibu mertua datang ziarah.

Cantik sudah kuali dari berkerak tadi. Terima kasih Puan Fara sudi berkongsi tips ini dengan kami.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LayanVideo

Sumber: Fara Amirullah

Kredit: HCL

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral