“Cikgu Gelak, Satu Kelas Gelak” – Orang Ketawakan Fazley Bila Jadi Tukang Masak, Namun Hakikatnya.

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menceritakan situasi sebenar apabila cita-citanya untuk menjadi tukang masak sering ditertawakan ketika zaman persekolahan.

Malah kata Fazley, sampai sekarang orang masih memandang rendah kerjaya yang diceburinya itu.

“Arwah ayah saya dulu berniaga gerai mee goreng di Alor Setar, ibu saya pula bantu nenek toreh getah dan jual kuih-kuih Melayu.

“Masa darjah satu cikgu tanya ‘besar nak jadi apa?’, saya jawab ‘nak jadi tukang masak kat gerai tepi jalan macam ayah!'”

“Cikgu gelak, satu kelas gelak,” kongsinya di Twitter.

Namun, ini pula jawapan Fazley paling win!

“Well, sampai sekarang pun masih ada orang yang memandang rendang kerjaya memasak untuk bagi orang makan.

“Apapun, kalau tak ada tukang masak seperti saya dan ratus ribu orang lain, korang nak breakfast apa pagi-pagi Ahad macam ni kan?” tambahnya.

Bersetuju dengan kenyataan Fazley, rata-rata netizen memuji kesungguhan penyanyi lagu Cerita Asmara itu dalam kerjayanya.

Malah, ada yang memuji masakan dan menu yang disediakan Fazley di kesemua restorannya.

Dalam perkembangan lain, Fazley baru melancarkan single terbaharunya, Wo Ai De Ni di platform digital Spotify, Joox dan Apple Music.

 

Sumber: Astro Gempak

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: