- Viral

“Cikgu, Terima kasih belikan saya kasut baru,” katanya. Mata dia dah bergenang

-Dari FB Cikgu Mohd Fadli Salleh-

Aku panggil seorang murid untuk ambil gambar aku beramai-ramai dengan murid yang terima kasut pagi tadi.

Baru aku nak panggil murid-murid datang keliling aku, budak ini datang meluru dan terus peluk aku.

“Cikgu! Terima kasih belikan saya kasut baru,” katanya. Mata dia dah bergenang.

Murid lain yang terima kasut pun terus datang nak peluk juga. Last-last, dengan tukang ambil gambar pun sibuk nak peluk juga. Hasilnya dapat ambil sekeping ini sahaja buat memori.

Ibu ayahnya penerima Baitulmal. Keluarga asnaf penerima zakat. Yuran tahun 6 dia pun #DanaKITA bantu bayar.

Dia bukan murid bijak, namun akhlaknya sentiasa buat aku bangga. Ya, aku sangat berbangga dia sebahagian dari memori aku. Salah seorang murid yang pernah aku ajar berkongsi secebis ilmu.

Ah anak. Membesarlah kalian menjadi manusia yang berguna dan berjasa.

“Awak kena selalu ingat. Hari ini awak susah ramai yang bantu awak. Suatu hari nanti bila awak senang, bantu semula orang lain pula,” pesan aku pada semua.

Sebak juga aku bila tengok begitu gembira mereka ini hanya kerana sepasang kasut baru.

Terima kasih pada kalian yang tak putus-putus sokong Dana Kita dan aku.

Kita mungkin tidak ditakdirkan untuk bertemu di dunia. Namun aku sering berdoa pada Tuhan moga-moga kita akan saling menyapa di taman syurga. Amin.

#MFS
– Satu Jumaat yang sebak di suatu memori yang takkan dilupai –

Sumber: Mohd Fadhli Salleh

Kredit: sekkito.net

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *