40 Petugas Kesihatan Dij4ngkiti Covid-19 Walaupun Dah Dapat 2 Dos Suntikan Vaksin!

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menceritakan dilaman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan bahawa 40 petugas kesihatan dij4ngkiti Covid-19 setelah lengkap dos vaksinasi mereka.

Ini termasuklah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin tersebut. Manakala, sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin namun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom yang teruk.

Justeru itu, beliau berkata tiada jaminan mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin boleh terlepas dari dijangkiti Covid-19 sekali lagi.

“Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti” tulisnya.

Dr Noor Hisham turut menegaskan bahawa semua individu dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  yang telah ditetapkan bagi memutuskan penularan Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber