- Petua/Tips

Tidur Lewat Punca Wajah Tak Berseri. Rawat Segera Dengan Cara Mudah Ni

Pasti semua sudah pernah dengar tentangnya bukan? Detox ini sebenarnya adalah proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia.  Malah badan kita sendiri juga sudah mempunyai sistem detox  tersendiri iaitu hati, usus dan ginjal.

Pun begitu, detox juga boleh dilakukan dengan menghasilkan air detox untuk membantu sistem penghadaman bekerja dengan sebaiknya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita dapat berfungsi dengan lancar.

Melihat kehebatan dan manfaat detox ini pada tubuh, ada baiknya anda amalkan detox sebagaimana yang dilakukan oleh puan Roshima Ibrahim Shima, ibu kepada 3 orang anak ini.  Kulit wajahnya cantik, dan nampak muda!

Jadi jika anda ingin mencuba amalan tersebut, ketahui dahulu resipi menyediakan minuman detox. Jom semak.

Bahan-bahan Air Detox
4 biji kurma-buang bijinya

1 biji lemon-hiris dengan kulitnya sekali

3 ulas bawang putih-dibuang kulit

2 gelas air

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.

Kemudian kisar semua bahan sehingga halus.

Sedia untuk diminum.

Ekstra Info:
1 bancuhan ini sebenarnya boleh diminum hingga 4 kali. Pastikan diamalkan setiap hari.

Cara nak minum, tuang  1/2 gelas air detox  ini dan tambah lagi  1/2 gelas dengan air sejuk .
Antara kebaikan melakukan program detox pada tubuh

Menurunkan berat badan.

Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yang cepat.

Merangsang tenaga

Detox akan merangsang tubuh badan kita agar lebih bertenaga. Begitu juga dengan pengambilan makanan sihat dan mengamalkanhidup sihat akan memberi tubuh badan menjadi lebih aktif dan bertenaga berpanjangan

Kulit semakin cantik.

Kulit adalah organ terbesar, dan apabila mengamalkan program detox ini kulit akan mendapat manfaatnya. Bersauna juga antara program detox yang boleh diamalkan untuk membantu badan mengeluarkan peluh dan toksin yang berlebihan.

Anti penuaan.

Toksin yang ada dalam badan adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan menjadi lebih cepat. Jika kadar toksin dapat dikurangkan, kita akan kelihatan lebih muda dan sihat.

Sistem imun yang kuat.

Detox memberi peluang pada organ dalam badan kita berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu sistem imun atau ‘kekebalan’ tubuh daripada serangan penyakit. Secara tidak langsung  juga,  membolehkan badan menyerap segala nutrisi yang dibekalkan pada tubuh dengan lebih baik.

sumber petua ibu

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *