- Semasa

‘Dia tenggelam timbul pegang budak’ – Pegawai JPJ Ceritakan Detik Abdul Bari Selamatkan Budak Buat Ramai Sebak

Ketika berenang, saya tengok m4ngsa (Abdul Bari Asyraf) yang dikhuatiri lemas sedang memegang seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan tenggelam timbul,” kata Omar Abdul Aziz Othman, 27.

Omar yang juga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu adalah antara enam penyelamat yang nekad terjun ke Sungai Terengganu untuk menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi.

Bagaimanapun, Omar dan empat yang lain selamat manakala pemancing, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu dikhuatiri lemas.

Menurutnya, dia yang ketika kejadian bersama ahli keluarga nekad terjun ke sungai selepas mendengar jeritan meminta tolong.

“Saya nampak m4ngsa (Abdul Bari Asyraf) dalam keadaan tenggelam timbul sambil memegang seorang kanak-kanak menyebabkan saya cuba menarik kanak-kanak terbabit daripada pegangannya.

“Namun, saya gagal sebelum beralih menyelamatkan dua wanita lain lalu membawa mereka hingga ke tebing,” katanya yang tinggal di Rusila, Marang.

Pada masa sama, katanya, pemancing yang kebetulan berada di lokasi kejadian bertindak melemparkan tong plastik kepada mangsa bagi menyelamatkannya.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada m4ngsa sempat mencapai tong berkenaan atau tidak kerana ketika itu dia dalam keadaan hampir lemas.

“Kanak-kanak perempuan terbabit pula berjaya diselamatkan orang awam yang terjun ke sungai berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, tiga wanita berusia antara 23 hingga 37 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan 11 tahun hampir lemas selepas kenderaan empat roda dinaiki mereka mengundur ke dalam sungai.

Artikel barkaitan

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, 9.30 malam tadi.

Difahamkan, m4ngsa, Abdul Bari Arshad, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum Mitsubishi Storm diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelungsur dan terjunam ke dalam sungai.

Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terbabit menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat.

Lima penumpang dalam kenderaan itu turut selamat.

Menurut ibu m4ngsa, Masitah Awang, 60, anak lelakinya itu keluar dari rumah selepas Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.

“Bari memang suka memancing. Jika ada masa terluang dia akan keluar bersama memancing dengan kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.

“Pagi tadi, awal-awal lagi dia sudah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat dan makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Masitah, beliau hanya mengetahui tentang kejadian malang itu selepas dimaklumkan suaminya, Mohd Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis pada 10 malam.

Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian.

Sumber HarianMetro