- Islamik

“Dengan Nama Allah ” Apabila Dicabar SS, Ini Respon Win Dr Sheikh Muszaphar

KECOH mengenai teori bumi mendatar, meskipun bumi sebenarnya berbentuk sfera. Itu belum lagi dakwaan bahawa bumi umpama donut!

Namun bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad berani membincangkan mengenai persoalan bahawa bumi ini adalah rata sebagaimana yang didakwa oleh golongan ‘flat Earth’ yang selama ini mempercayai fakta itu.

Dia kemudian secara terbuka mencabar Angkasawan Negara,  Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi adalah sfera.

Pada Rabu, Suhaimi yang menggelarkan dirinya sebagai SS di laman sosial memberitahu sekiranya angkasawan negara itu berbuat demikian, dia akan menghentikan kajian berhubung bentuk bumi, malah membantu berdakwah untuk golongan ‘flat Earth’.

Susulan desakan itu, Dr Sheikh Muszaphar secara terbuka menjawab desas-desus mengenai persoalan adakah bumi ini sebenarnya rata.

Sebagai angkasawan Islam yang kesembilan menerokai angakasa lepas, beliau memberitahu adalah menjadi tanggungjawab untuk menjelaskan fakta sebenar.

Dr Sheikh Muszaphar berkongsi pengalamannya mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari dengan setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam, mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000 kilometer sejam.

 

View this post on Instagram

 

Pic – Is the Earth flat ? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas … Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar … Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi Melihat Bumi dengan mata sendiri Degupan jantung berhenti seketika Meremang Bulu Roma Mata tidak terkebil Melihat Kebesaran Maha Pencipta Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas … Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana MasyaAllah …SubhanAllah … And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator . Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole . It makes you a true believer on the Creator The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers But here I am sharing you my experience of what I have seen . In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone … Semoga mendapat Barakah semua . Amiinn … Love As Always … PS – Just wanted to straighten the facts !

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Laungan azan kedengaran seketika. Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Ilahi. Melihat bumi dengan mata sendiri.

“Degupan jantung berhenti seketika, meremang bulu roma, mata tidak terkebil… melihat kebesaran Maha Pencipta. Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas,” katanya menerusi posting di laman sosial Instagramnya, pagi Jumaat.

Sepanjang misi selama 12 hari di angkasa lepas, Dr Sheikh Muszaphar mengakui bahawa bumi berbentuk sfera.

“Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah… dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbantuk geosfera. – ‘tirus’ (squashed) di kutub dan ‘membonjol’ (bulged) di khatulistiwa.

“Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur. Setiap manusia sepatutnya pergi ke angkasa lepas sekiranya diberikan peluang,” katanya.

Beliau turut memberitahu peluang itu akan mengubah perspektif mengenai kehidupan secara menyeluruh, dan membuatkan kepercayaan terhadap kebesaran Maha Pencipta.

“Pengalaman itu benar-benar mengagumkan dan hebat. Sukar untuk mengubah minda golongan yang mempercayai bumi itu adalah rata.

“Tetapi saya berkongsi pengalaman tentang apa yang saya telah lihat dengan nama Allah dari hati,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara, berlepas ke angkasa dengan menaiki roket Soyuz TMA -11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Komen netizen :

“Banyak mana negara yg da dijelajahi.. takkan dpt lawan pengalaman DR..ni bukan cerita dalam negara… Ni cerita luar BUMI 🚀.. Explaination dr DR mmg terbaik.. .Salam Jumaat Semua..”

” kita pon beruntung n patut bersyukur ada orang Malaysia jadi angkasawan.”

Like n share Facebook page kami di @layanvideo

Ada komen anda?

Sumber: Mstar

error: Content is protected !!