- Viral

Durian J-Queen Termahal Di Dunia Berharga RM4000! Ia Mungkin Pasangan Musang King Dan Tiada Kena Mengena Dengan JDT Ya…

Sejenis durian yang jarang didapati dijual pada harga 14 juta rupiah (RM4,082) sebiji di pasar raya di sebuah bandar di Indonesia. Mahal terlajak sehinggakan akhbar internasional seperti CNN juga turut melaporkannya.

Pasar raya di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat itu berjaya menjual dua biji durian berkenaan yang diberi nama J-Queen pada hari pertama ia dijual di sebalik harganya yang begitu tinggi. Siapalah agaknya yang membeli kedua-dua biji durian tersebut? Yang pastinya bukan dari pasukan JDT atau orang-orang Bangsa-J (maaf admin bergurau) walaupun durian itu dinamakan J-Queen. Mungkin kah Queen Indonesia ini pasangan kepada King (Musang) Malaysia. Nampaknya buah ini boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara dua negara.

Buah durian tersebut juga menjadi topik perbualan hangat di Tasikmalaya di mana rata-rata pekerja ditawarkan gaji minimum sebanyak dua juta rupiah (RM583) sebulan.

Ramai pengunjung pasar raya itu mengambil kesempatan untuk me­rakam swafoto di sisi Raja Buah tersebut.

“Lebih baik saya beli sebuah motosikal pada harga itu dan saya boleh menggunakannya selama 10 tahun,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama R.Balqis.

Seorang lelaki dikenali sebagai Aka yang menghasilkan J-Queen de­ngan mengacukkan dua jenis durian bermutu tinggi di Indonesia berkata, durian itu mempunyai rasa seperti mentega kacang dan berbentuk bulat.

Buah durian, kata Aka, biasanya berbentuk lonjong.

“Saya satu-satunya orang yang memiliki pokok durian yang jarang didapati ini,” dia dipetik sebagai berkata. Ia juga hanya berbuah setiap 3 tahun. Untuk membesarkannya teramat amat sulit”

Selain daripada setiap pokok hanya berbuah setiap 3 tahun, ianya mengeluarkan buah tidak pernah melebihi 20 biji sepohon. Setiap buahnya tiada yang berbenjol atau bujur. Semuanya bulat dan mempunyai 6 pangsa. Kajian dilakukan selama 4 tahun untuk menghasilkan baka J-Queen dan ia pernah memenangi satu pertandingan di Pulau Pinang, Malaysia.

Agak-agak berbaloi tak membelinya?

Sumber: Kosmo Online dan CNN Travel