- Sukan

(Video) Final Piala AFF 2018 :Netizen Samakan Jaringan Safawi Rasid Seperti Freekick Lionel Messi

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia membawa dua bekalan gol ke Hanoi bagi pusingan akhir kedua Piala AFF Suzuki apabila mengikat Vietnam 2-2 Stadium Bukit Jalil pada Selasa malam.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu berjaya mempamerkan aksi sengit biarpun dikejutkan jaringan lawan seawal minit ke-22 menerusi menerusi Nguyen Huy Hung.

Dua minit selepas itu, skuad negara sekali lagi tersentak apabila rembatan kencang Pham Duc Huy minit ke-26 melepasi penjaga gol negara Farizal Marlias.

Bagaimana pun Shahrul kembali menebus kesilapannya ketika jaringan pertama Vietnam dengan menjaringkan gol sulung negara minit ke-36.

Bersambung ke babak kedua, kedua-dua pasukan bangkit mencari gol, cuba mendominasikan permainan.

Minit ke-60 sepakan percuma Safawi Rashid berjaya  menyamakan kedudukan 2-2 sekali gus menjadikan permainan semakin rancak.

Ia juga merupakan gol pertama Safawi yang juga Pemain Paling Bernilai (MPV) 2018 dalam kejohanan ini.Netizen menyamakan sepakan Safawi dengan freekick Lionel Messi.Terbaik la Safawi Rasid.Ramai yang  menyifatkan “freekick’ itu begitu cantik bila bola melencong ke tiang gol.Penjaga gol paling hebat pun tidak akan dapat menepis bola tersebut.

Video :

Video 2:Full video Jaringan

Kali terakhir Malaysia muncul juara dalam kejohanan dwi tahunan ini pada tahun 2010.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir menyaksikan perlawanan akhir pertama ini.

Like n Share Facebook Page kami di Page @LayanVideo

Sumber 

About videoviral

Read All Posts By videoviral
error: Content is protected !!