Gagal Sekali Tak Bermakna Gagal Selamanya, Teruskan Mencuba.

Salah satu perkara yang paling sukar dalam kehidupan ini ialah untuk mengetahui bila kita harus teruskan berusaha dan bila harus kita ‘move on’.

Terima kasih kepada James Clear, kami sekarang tahu bagaimana hendak mengendalikan usaha dan kegagalan kami. Ini adalah 3 peringkat kegagalan dalam kehidupan dan kerjaya yang telah disimpulasikan oleh beliau:

Peringkat 1 adalah Kegagalan Taktik.

Ini adalah kesalahan yang berasaskan dari soalan “BAGAIMANA”. Ianya berlaku apabila anda gagal untuk membina sistem yang teguh, lupa untuk mengukur sesuatu itu dengan teliti, dan menjadi malas atau bersikap tidak kisah terhadap butirannya. Kegagalan Taktik adalah kegagalan untuk melaksanakan rancangan yang baik dan visi yang jelas.

Cara mengatasinya:

  • Catat proses anda.
  • Ukur hasil anda.
  • Tinjau dan sesuaikan taktik mengikut matlamat anda.

Peringkat 2 adalah Kegagalan Strategi.

Ini adalah kesalahan yang berasaskan dengan soalan “APA”. Ianya berlaku apabila anda mengikuti strategi yang negative untuk menyampaikan hasil yang anda inginkan. Walaupun anda sudah tahu mengapa anda melakukan sesuatu dan bagaimana ia sepatutnya dilakukan tetapi masih memilih cara yang salah untuk membuatnya.

Cara mengatasinya:

  • Lancarkan strategi dengan cepat.
  • Lakukannya dengan pelaburan minimum.
  • Ubah strategi dengan cepat jika percubaan pertama tidak berjaya.

 

Peringkat 3 adalah Kegagalan Visi.

Ini adalah berasaskan kesilapan dalam soalan “MENGAPA”. Ianya berlaku apabila anda tidak menetapkan hala tuju yang jelas untuk diri anda atau mengikuti visi yang tidak memenuhi impian anda, atau anda sendiri tidak memahami perkara yang anda ingin lakukan.

Cara mengatasinya:

  • Ambil masa untuk berfikir secara kritikal terhadap visi anda.
  • Tentukan apakah yang tidak boleh dirunding sama sekali, tetapkan sesuatu dan jangan beralih walaupun terdapat halangan.
  • Memahami kritikan yang diterima.

Sumber: Get Pocket

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: