“Gali ilmu sampai liang lahad…” – Sambung belajar, Fattah Amin bakal bergelar doktor

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin sebelum ini telah dikejutkan dengan pembubaran kelab peminat rasminya, The FA team selepas lima tahun ditubuhkan untuk menyokong kerjaya lakonan beliau.

Terbaru, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu dikatakan sedang sibuk menyambung pelajarannya di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kuala Lumpur.

Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Wanita Terakhir itu dengan memuat naik gambar ketika sedang menulis nota di dalam kelas.

Have a good day everyone! On my way to school. 😴

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Para pengikutnya di Instagram telah tertarik dengan kapsyen tersebut dengan memuji semangat Fattah untuk menuntut ilmu.

Ada juga segelintir peminatnya turut menjadikan beliau sebagai inspirasi bagi mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bakal Dr. Fattah…

Wow Fattah artis contoh!

Semoga berjaya Bam Tah!

Gali ilmu selagi mampu..

Fokus belajar rupanya…

Menyempatla korang ni…

 

Sumber : Fattah Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *