- Islamik

Hadis Fadhilat Tarawih Setiap Malam Adalah P@LSU. Jangan Men1pu Atas Nama Rasulullah – Ustaz Rozaimi Ramle

Hadis Fadhilat Tarawih Setiap Malam, Boleh Dibuat Untuk Fadhail al-A’mal?

Apabila masuknya bulan ramadhan ini saya sering ditanya dengan soalan: Adakah hadis fadhilat tarawih mengikut malam itu sahih?”.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana makin hari makin ramai masyarakat kita mula bertanya tentang status hadis yang pada matanya nampak pelik. Ia menunjukkan mereka sudah mula untuk memastikan amalan mereka bersumberkan hadis yang sabit dari Nabi sallallah ‘alaih wa sallam.

Hari ini (17 Julai 2013) saya ditanya oleh beberapa orang sahabat-sahabat tentang pandangan seorang ustaz yang memberi fatwa bahawa hadis fadhilat tarawih mengikut malam-malam tertentu boleh digunakan untuk tujuan galakan beribadat atau dengan kata kata lain boleh digunakan untuk tujuan Fadhail al-A’mal.

Boleh rujuk videonya di sini: http://www.youtube.com/watch…

Untuk menjawab persoalan ini saya nyatakan seperti berikut:

1. Solat tarawih memang dianjurkan oleh Islam. Banyak hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Nabi sallallah ‘alaih wa sallam melakukan solat tarawih pada bulan Ramadhan dan baginda sendiri menggalaknya umatnya menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan ibadat antaranya solat tarawih. Sabda Nabi sallallah ‘alaih wa sallam:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: Sesiapa yang mendirikan malam-malam Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) maka Allah akan ampun d0sa-d0sanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, jld. 1, hlm 22, no. hadis: 37)

Ulama menyatakan hadis ini adalah galakan untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadat antaranya solat tarawih. (Lihat: al-Bugho dan a-Khin, al-Fiqh al-Manhaji, jld. 1, hlm. 237)

2. Hadis yang menyatakan fadhilat-fadhilat tertentu untuk malam 1, 2, 3 dan seterusnya ini tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis yang bersanad. Ia merupakan satu tanda bahawa ia palsu. (Lihat: Ibn Iraq, Tanzih al-Syariah, jld. 1, hlm. 8). Tidak dinafikan memang ia ada dalam kitab Durratun Nasihin tetapi ia bukanlah kitab hadis yang muktabar bahkan ia banyak mengandungi cerita-cerita yang tidak ada asalnya dalam kitab-kitab hadis muktabar.

3. Tanda-tanda hadis palsu dalam matannya juga jelas. Ia seperti berikut:

i. Ia menyatakan solat tarawih malam ke-8 akan mendapat pahala seperti pahala Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.
ii. Ia menyatakan solat tarawih malam ke-9 akan mendapat pahala beribadat sama seperti ibadat Nabi Muhammad sallallah ‘alaih wasallam.
iii. menyatakan solat tarawih malam ke-17 akan dapat pahala seperti ibadat sekalian para Nabi ‘alaihimussalam.

* Saya katakan:

i. Ini jelas bercanggah dengan usul Islam. Mana mungkin seseorang untuk menandingi ibadat Nabi sallallah ‘alaih wasallam. Apatah lagi nak menyamai pahala sekalian para Nabi ‘alaihimussalam dengan hanya solat 2 rakaat.

Ini terlalu ringan jika ingin dibandingkan dengan ujian yang Allah beri kepada Nabi Muhammad dan Ibrahim sehingga mereka digelar al-Khalil. Mustahil dengan solat dua rakaat dia akan menjadi lebih baik dari mana-mana Nabi. Ini amat pelik bagi akal.

ii. Setiap hadis yang mengandungi unsur mujazafah. Mujazafah bermaksud setiap hadis yang menyatakan pahala yang sangat besar bagi amalan yang sedikit atau azab besar bagi d0sa kecil. Mujazafah ini adalah antara tanda-tanda hadis p@lsu. (Lihat: al-Zahabi, al-Muqizah, hlm. 37)

al-Athyubi dan Ibn Iraq menukilkan pendapat al-Burhan al-Naji: “Di antara tanda-tanda hadis p@lsu ialah menyatakan amalan tertentu boleh diganjari pahala seorang Nabi atau sekalian para Nabi”. (Lihat: al-Athyubi, Syarah al-Athyubi ‘ala Alfiah al-Suyuty, jld. 1, hlm. 293, Ibn Iraq, Tanzih al-Syariah, jld. 1, hlm. 8)

4. Ulama hadis menyatakan bahawa hadis daif boleh digunakan dalam Fadhail al-A’mal. Tetapi ia mesti mematuhi 3 syarat berikut:

i. Hadis daif itu dikategorikan sebagai hadis daif ringan.
ii. Amalan yang dianjurkan itu telah datang dalam hadis lain yang sabit dari Nabi sallallah ‘alaih wa sallam.
iii. Tidak menyandarkan hadis itu kepada Nabi sallallah ‘alaih wa sallam ketika beramal dengannya. Sebaliknya dia beramal dengannya semata-mata kerana ihtiyat (berjaga-jaga).

(Lihat: al-Suyuty, Tadrib al-Rawi, jld. 1, hlm. 298)

Jika diteliti, hadis daif yang boleh digunakan untuk fadhail al-A’mal adalah hadis daif ringan sedangkan hadis fadhilat tarawih mengikut malam ini p@lsu. Maka sudah pasti hadis ini tidak boleh digunakan dalam bab Fadhail al-A’mal.

Bahkan ulama Ahli Sunnah bersepakat menyatakan bahawa h@ram bagi seseorang meriwayatkan hadis p@lsu melainkan untuk menyatakan bahawa ia p@lsu. (Lihat: al-‘Iraqi, al-Taqyid wa al-Idhah, hlm 345) Tetapi mereka yang membaca hadis ini di depan orang awam jarang sekali untuk menyatakan ia p@lsu. Berkemungkinan besar si pembaca sendiri tidak tahu bahawa hadis itu p@lsu.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat semua agar berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa fatwa. Menyebarkan hadis yang belum tahu statusnya juga dianggap sebagai satu kes@lahan, apatah lagi menyebarkan hadis yang sudah jelas ia dust@. Jangan kerana inginkan keredhaan pendengar kuliah kita, kita sanggup men1pu atas nama Nabi sallallah ‘alaih wa sallam. Wallahua’lam.

Sumber: FB Ustaz Rozaimi Ramle

error: Content is protected !!