‘Hahah tak jadi nak tidur…’ – Nyanyi lagu Elite untuk anak, peminat lucu dengan Norman Hakim

Kelmarin, pelakon Abby Abadi mengadakan sesi photoshoot bersama anak angkatnya, Muhammad Daiyan Fayyad bertemakan Islamik yang berjalan lancar dan telah mendapat pujian netizen.

Semalam, pelakon Gerak Khas itu sekali lagi menarik perhatian para pengikutnya selepas memuat naik sebuah video di Instagram ketika hadir ke rumah bekas suaminya, Norman Hakim untuk menikmati juadah bersama keluarga mereka.

Video tersebut kelihatan gelagat pelakon Norman sedang mendodoikan bayi berusia dua minggu itu dengan menyanyikan lagu G.I.G dari kumpulan Elite sambil menari.

VIDEO:

Hiburan malam ini 🤣😂😝 @normanhakim_786 . Oman tadi niat baik tlg pegang Daiyan sbb Mama Abah Daiyan nk makan.. bawa depan bawak belakang, bawak atas.. melalak Daiyan.. pelik! Bila kita ambil Daiyan terus diam je.. layan mata nak tidur… Nampak tak? 😆😛 . Oman, baik cepat buang saka dalam badan tu, sebelum baby girl awk lahir.. Daiyan taknak tadi, susah nak jaga baby girl awak nanti hahahaa 😂😆

Berikutan itu, para pengikutnya telah memenuhi ruangan komen dengan mengatakan mereka berasa terhibur dengan telatah Norman dan berharap isterinya, Memey Suhaiza dapat menyusukan anak angkat Abby untuk menjadi saudara susuan.

Daiyan dengar pun pelik je bunyi dia…

Tadi nak tidur tapi tak jadi pula…

Tiber lagu Elite hihi…

Sumber : Abby Abadi / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *