- Sukan

“Harimau Malaya Ambil Aura Semangat Kejayaan JDT,” Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji semangat melawan tinggi dipamerkan oleh skuad Harimau Malaya yang terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Jelas bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, mentaliti kemenangan yang ada pada skuad kendalian Tan Cheng Hoe adalah faktor utama kepada kebangkitan pasukan negara.

Katanya, perkara sama turut diterapkan oleh kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang meletakkan asas mentaliti kemenangan sebagai elemen terpenting buat kelab itu.

“Di JDT, semuanya adalah mengenai ‘Winning Mentality’. Saya ‘push’ para pemain saya ‘to the limit’. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan. Semuanya adalah berkaitan mentaliti kemenangan.

“Mereka bukan sahaja melakukannya untuk kelab, mereka turut membawa mentaliti tersebut apabila bermain untuk negara. Saya bangga dengan kamu semua serta seluruh pasukan. Syabas.,” katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST).

Skuad negara yang perlu mencari bekalan selepas sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi timbal balik pada Sabtu ini dikejutkan dengan dua gol pantas pelawat menerusi Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy (m-25).

Ketinggalan 2-0 langsung tidak mematahkan semangat pemain negara apabila bangkit menerusi tandukan Shahrol Saad (m-36) sebelum penyerang JDT Safawi Rasid meledak gol penyamaan menerusi sepakan percuma pada babak kedua.

Ketangkasan penjaga gol JDT, Farizal Marlias juga banyak menyelamatkan gawang negara daripada dibolosi apabila dia kerap diuji dengan percubaan berbahaya skuad Naga Emas.

Kini penentuan juara bakal ditentukan di Hanoi dengan Malaysia wajib mencipta kemenangan sekurang-kurangnya 1-0 untuk mengulangi pencapaian 2010 apabila menjulangnya buat pertama kali.

Sumber

KEBANGKITAN HARIMAU MALAYA HASIL PERANCANGAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Artikel Berita Harian melaporkan mengenai kebangkitan skuad bola sepak negara adalah hasil daripada perancangan mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ketika baginda memimpin badan induk itu sebelum ini. Baginda sentiasa memberikan sokongan dan membantu di belakang tadbir bersama Dato Haji Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM untuk memastikan bola sepak Malaysia meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

Kejayaan skuad Harimau Malaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki serta prestasi membanggakan keseluruhan skuad kebangsaan termasuk Bawah-23 dan Bawah-19 merupakan antara hasil selepas rombakan yang dilakukan oleh baginda sebelum ini. Baginda telah merombak sistem kejurulatihan yang membabitkan tiga pasukan kebangsaan dengan melantik Bojan Hodak untuk membimbing skuad B-19, Ong Kim Swee (B-23)dan melantik Tan Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih skuad senior ketika itu sebelum dilantik menjadi ketua jurulatih penghujung tahun lalu.

Turut dilaporkan adalah ucapan tahniah baginda kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang akan beraksi di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Sumber: JST

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral