- Petua/Tips

Hati-Hati! 7 Kesalahan Lazim Perlu Dielak Ketika Guna Ketuhar Gelombang Mikro

Memiliki ketuhar gelombang mikro di rumah memang mampu menjimatkan masa anda untuk menghangatkan kembali makanan atau minuman.

Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang sibuk dan sentiasa mengejar masa untuk menyiapkan kerja dan rutin harian.

Tetapi persoalannya, adakah anda menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan betul selama ini?

Laman web Eat This ketika memetik editor kanan Cook’s Illustrated memberitahu terdapat beberapa kesalahan besar yang biasa dilakukan ketika menggunakan ketuhar gelombang mikro:

1. Memanaskan makanan tanpa penutup

Jangan lupa gunakan penutup. – Shutterstock

“Gunakan penutup atau pengawal percikan yang selamat untuk ketuhar gelombang mikro.”

Penutup bekas makanan bukan sahaja menghindarkan anda daripada bah4ya, tetapi ia juga memastikan makanan anda dimasak secara sama rata.

“Ini boleh membuatkan pengewapan membantu makanan dimasak dan pada masa sama merendahkan percikan berlaku,” kata penilai chef Suzanne Lasagna di Sekolah Kulinari Seni Auguste Escoffier di Los Angeles, Amerika Syarikat.

2. Guna bekas yang tidak selamat-haba

Walaupun memang lebih mudah untuk memanaskan makanan dalam bekas plastik ke dalam ketuhar gelombang mikro, luangkanlah masa beberapa minit untuk memindahkan makanan sejuk ke dalam bekas sesuai untuk kesihatan jangka panjang.

Anda boleh guna bekas yang dilabel selamat-haba seperti kaca tahan haba atau seramik.

3. Menggunakan penutup yang salah

Jangan berani-berani menggunakan styrofoam dalam ketuhar gelombang mikro!

“Elakkan letak balutan plastik dan beg kertas di dalam ketuhar kerana ia mengandungi bahan kimia tidak sihat dan boleh meresap masuk ke dalam makanan,” kata Lasagna.

4. Memanaskan makanan bersama peralatan besi

Elak masukkan sudu atau garfu besi di dalam ketuhar. – Shutterstock

Pastikan anda tidak memasukkan sebarang peralatan besi ke dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh merosak dan mencetuskan api.

5. Memanaskan makanan mudah melet0p

“Sesetengah makanan tidak sesuai untuk dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro seperti telur,” kata Lasagna.

6. Tidak memantau makanan yang dipanaskan

Jangan tinggalkan makanan di dalam ketuhar tanpa pemantauan supaya makanan tidak memercik atau dipanaskan secara berlebihan.

7. Makan makanan sebaik dikeluarkan daripada gelombang mikro

“Biarkan makanan rehat seketika selepas dipanaskan agar haba boleh merebak secara rata.”

Sumber: Mstar