- Semasa

Husnul Khotimah, Lelaki Ini Dijemput Ilahi Ketika Azan

KUALA LUMPUR: “Setiap hari arw4h berpesan kepada saya supaya banyak melakukan amal ibadat dan kebaikan kerana kita tidak pasti bila akan dijemput Ilahi.

“Kita tidak tahu amalan mana yang Allah SWT terima di sana nanti,” kata Nurul Izzati Nazirmuddin, 32, isteri kepada Muhammad Faisal Yaakub, 32, guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Alam Impian, Klang yang meningggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, dia sempat menghubungi arw4h suaminya kira-kira jam 1 tengah hari dan arw4h memberitahu dia menghadiri program dan mesyuarat di MITS.

“Sepanjang perkahwinan, arw4h seorang yang ceria dan terlalu baik. Dia tidak pernah menolak kalau sesiapa yang meminta pertolongan malah dia akan melakukan dengan sebaik mungkin.

“Allah SWT sudah tetapkan aj4l arw4h suami saya malah arw4h juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan ceria seperti biasa.

“Arw4h tidak mengalami sebarang tanda penyakit termasuk ser4ngan jantung atau tekanan d4rah.

“Kehilangannya dirasai semua kenalan kerana arw4h sangat disenangi semua orang. Ramai kenalan yang datang ziarah arw4h sama ada di hospital atau di rumah,” katanya ketika dihubungi di Kampung Ketoyong, Tanjung Malim, Perak, semalam.

Nurul Izzati yang bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor mendirikan rumah tangga dengan arw4h pada 2012 dan mengandung tujuh bulan anak pertama mereka.

Menurutnya, dia sedih kerana bayi yang bakal dilahirkan tidak dapat bertemu bapanya.

“Setiap kali pulang ke kampungnya di Rantau Panjang, Kelantan, arw4h akan menziarahi ku bur bapanya. Pada 21 Disember lalu, arw4h memuat naik gambar menziarahi ku bur dalam Facebooknya yang menulis status ‘Setiap permulaan pasti ada pengakhiran… tiada penangguhan, hanyalah perlu persediaan’.

“Status ini menunjukkan arw4h meminta kepada sesiapa membuat persiapan sebelum kem4tian datang menjemput,” katanya.

Arw4h dik3bumikan di Tanah Perku buran Islam Kampung Ketoyong, malam kelmarin.

Pengetua MITS Abdul Halim Saljadi berkata, arw4h sempat berbalas WhatsApp dengan rakan guru yang lain memaklumkan datang lambat ke mesyuarat.

“Tidak lama kemudian arw4h datang dan tiba-tiba dia reb4h di hadapan pintu bilik mesyuarat ketika azan Zuhur berkumandang. Staf yang berada di luar menjerit meminta pertolongan dan kami mendapati muka arw4h kemerahan-merahan dan kejang kemungkinan sedang naz4k,” katanya.

Sumber: HM

About staff video viral

Read All Posts By staff video viral