- Islamik

“I Can’t Wait To Be Back To My Daughter” – Anak Sakit Ketika Liyana Jasmay Tunaikan Umrah

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay memberitahu anaknya, Selena kini sedang mengalami masalah kesihatan.

Liyana yang kini menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah berkongsi perkara itu menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya.

Liyana mengharapkan anaknya itu supaya cepat sembuh dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Semoga anak Mummy, Selena cepat sembuh, semoga Allah SWT sentiasa melindungi Selena dan hilangkan rasa kesakitan, Amin.

“I can’t wait to be back to see my daughters,” tulisnya di IG Story.

Namun begitu, Liyana masih tidak menyatakan penyakit yang dialami oleh Selena itu.

Sedikit info mengenai Liyana, pelakon kelahiran Kuantan, Pahang ini mula menjinakkan diri di industri hiburan tempatan pada tahun 1997 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

 

View this post on Instagram

 

Salam from Mekah to all my followers. #ramadhaniscoming

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

sumber Instagram

About videoviral

Read All Posts By videoviral
error: Content is protected !!