Ibu Zynakal Yang Juga Kakak Kepada Zamani Slam Men1nggal Dunia

“Bukan sekarang masa untuk kau pergi, kau lagi kuat apa yang aku tahu. Aku harap ramai yang mendoakanmu Ibu.” 

Itulah yng diungkapkan dalam satu perkongsian melalui Insta Story milik penyanyi Zynakal sebelum ibunya pergi buat selamanya.

Ibu kepada penyanyi ini menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 petang tadi kerana jangkitan kuman dalam darah di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru.

Berita pemergiaan Allahyarhamah Zuraidah Ibrahim ini disahkan oleh  perkongsian daripada laman Instagram ZIME Production.

“Assalamualaikum, Innalillahi wainna ilahirajiun, Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Dukacita dimaklumkan, Kakak kesayangan kepada Zamani Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah tengahari tadi, 26 September 2020. 

Semoga rohnya mendapat rahmat dan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta dimasukkan ke dalam syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Untuk pengetahuan semua, Allahyarhamah Zuraidah merupakan kakak kepada penyanyi tanah air, Zamani Ibrahim. Dan juga merupakan salah seorang pengurus dalam Syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.

Semoga Allahyarhamah tenang di sana bersama golongan orang beriman.

Sumber: ZIME Production 

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: