Ingatkan Jaguar Atau Ferrari, Sekali Kereta ‘Legend’ Ini Yang TMJ Pandu Untuk Hadir Ke Majlis

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sememangnya seorang yang meminati kereta mewah dan klasik. Setiap kali hadir ke sebarang majlis, antara yang menarik perhatian ramai ialah kereta yang dipandu TMJ. Pendek kata, semua jenis kereta ada!

Daripada jenama yang kita biasa dengar sehinggalah jenama yang kita tak pernah tahu pun kewujudan kereta itu.

Kancil je..

Terbaru, kereta yang dipandu TMJ semasa menghadiri majlis pelancaran permohonan aplikasi online Rumah Impian Bangsa Johor di pejabat Yayasan Sultan Ibrahim mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, TMJ memandu kereta yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu, Perodua Kancil!

Dikirim oleh Muhammad Jefreel pada Selasa, 30 Oktober 2018

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna Facebook Muhammad Jefreel itu, TMJ dilihat mahu berangkat pulang daripada majlis tersebut sebelum memandu sendiri kereta Kancil diiringi polis pengiring.

Lebih menarik, kereta Kancil berwarna gelap dengan nombor pendaftaran JBL 2 itu dilihat mempunyai sunroof.

Kereta pertama..

Jun lalu laman rasmi Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigerspernah memuatnaik foto kereta tersebut.

Sumber: TMJ, Johor Southern Tigers, Oh Bulan

Advertisement
In-article ad unit to be placed in the middle of the article: